Telefon pintar Shark 1 dengan kuasa bateri 6300mAh mampu bertahan sehingga 3 hari setengah

lai
BERITA baik buat pengguna peranti pintar yang sering merungut mengenai jangka tenaga bateri peranti terlalu cepat.
Kini, syarikat Leagoo memperkenalkan telefon pintar, Shark 1 dengan kuasa bateri sehingga 6300mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 3 hari setengah bagi penggunaan biasa telefon pintar.
Shark 1 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu emas, perak dan hitam dan dijual pada harga mampu milik iaitu RM999.
Menggunakan pemprosesan MediaTek 64-bit Octa-Core 1.3GHz, ia turut dilengkapkan dengan AM 3GB.
kau
Ia memberikan storan 16GB yang boleh ditambah dengan slot kad memori mikroSD sehingga 128GB manakala pengimbas cap jari juga disediakan di belakang telefon.
maxresdefault
Telefon pintar yang mempunyai saiz 6.0 inci HD penuh LG LTPS terbabit turut mempunyai skrin jenis Corning Gorilla Glass 4 yang tahan lasak.
Leagoo Shark 1 dilengkapi kamera 13 megapiksel di belakang selain kamera 5.0 megapiksel di depan yang mempunyai kelengkapan lampu LED.
Permintaan peranti ini dilaporkan amat meluas di pasaran asia ekoran kemampuan baterinya dikatakan tidak mampu dicabar jenama peranti lain.

0 comment... add one now