Takut Gemuk? 8 Tip Elak Makan Berlebihan Di Rumah Terbuka!

Hari Raya ni tak lengkap rasanya jika tak berkunjung ke rumah saudara mara atau ke rumah terbuka.
Makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap semuanya. Kalau boleh semua benda nak makan. Memang cabaran betul!
Mesti ramai yang risau berat badan naik mendadak di Hari Raya. Jangan risau, jom ikut tips mudah dari pakar pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri.

1. Jangan Tak Beraya!

Jangan la sampai tak beraya dek kerana takut berat badan naik atau jadi gemuk. Cuma jangan berlebih-lebihan je.

2. Mulakan dengan hidangan seimbang

Mula makan dengan hidangan seimbang. Protein (rendang, ayam, telur) & serat (sayur) mengenyangkan. Untuk lemang, ketupat dan sumber karbo yang lain, elak makan lebih dari segenggam.

3. Macam-mana kalau pergi 5-6x Rumah Terbuka?

Jadikan setiap rumah terbuka itu sebagai 1x hidangan. Kalau selalunya anda makan 5-6 hidangan sehari, why not jadikan setiap rumah terbuka itu 1x hidangan yang sederhana.

4. Rancang hidangan apa yang anda nak makan

Lihat dulu jamuan raya rumah terbuka dan rancang nak makan apa. Bukan pakai bedal.
Menu Sederhana Rumah Terbuka Hari Raya

5. Berhenti makan sebelum kenyang

Berhenti makan sebelum kenyang. Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang.

6. Puasa Enam!

Amalan puasa 6 dapat bantu seimbangkan “nikmat” beraya sebulan.
14808183-Asian-malay-Ramadhan-foods-satay-chicken-rendang-lemang-and-ketupat-Stock-Photo

7. Kurangkan Air Berkalori

Biasanya rendang, lemang dan ketupat jadi pilihan utama. Jadi cuba kurangkan minum air berkalori.

8. Penting!

Pastikan berat badan tak melebihi apa yang anda sudah kurangkan di bulan Ramadhan. Kalau anda berjaya kurangkan 4kg sepanjang ramadhan, cuba jangan tambah lebih 4kg sepanjang bulan syawal

0 comment... add one now