Tahukah pulau terkecil dunia 'Pulau Bishop Rock' makan banyak nyawa

Bishop Rock
Bishop Rock

TAHUKAH anda sejarah hitam pulau terkecil dunia, Pulau Bishop Rock yang terletak di Britain?

Walaupun saiznya kecil namun cukup merbahaya dan mengorbankan ribuan nyawa pelayar pada suatu ketika dahulu.

Bukan biasa-biasa, Bishop Rock yang mendapat pengiktirafan daripada Guinness Book of Records sebagai pulau terkecil dunia ini telah menyimpan pelbagai sejarah.

Terletak sejauh empat batu (6.4 km) ke barat Kepulauan Scilly di Cornwall, Britain, Bishop Rock hanyalah sebuah pulau yang dipenuhi batuan tajam dan merbahaya di sekelilingnya.

Pulau Bishop Rock mencecah kedalaman 45 meter, berkelebaran 16 meter dan mempunyai kepanjangan sehingga 46 meter.

Di tebingnya terdapat sebuah rumah api yang didirikan khas, menandakan amaran buat pelaut dan pelayar akan bahaya pulau Bishop Rock.

Juga dikenali sebagai Scilly Isles, Bishop Rock telah menenggelamkan tidak terkira banyaknya armada dan kapal laut sejak zaman pertengahan lagi.

Apabila skuadron Sir Cloudesley dalam Armada British tenggelam bersama 2000 anak kapal pada tahun 1707, salah seorang daripada wakil Brethren Elder Tritiny House (Jawatankuasa DiRaja) memutuskan untuk membina rumah api di atas Bishop Rock.

Mereka akhirnya memutuskan yang rumah api lama di St. Agnes (berdekatan dengan Bishop Rock) , tidak cukup memberi amaran kepada pelayar dan pelaut.

Tidak mudah untuk membina rumah api di atas sebuah batu.

Pekerja pembinaan rumah api di Bishop Rock menghadapi pelbagai kesulitan memandangkan Bishop Rock langsung tidak mempunyai tanah atau daratan untuk dijadikan ruang tempat berpijak.

Satu-satunya daratan yang ada pada Bishop Rock digunakan sepenuhnya untuk membina rumah api setinggi 167 kaki.

Kerja-kerja membina rumah api di Bishop Rock telah memakan masa sehingga tujuh tahun lamanya dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 1858.

Bishop Rock hanya mempunyai seorang penghuni pada satu-satu masa iaitu penjaga rumah api.

Penjaga rumah api yang terakhir telah meninggalkan Bishop Rock pada Disember 1992 dan sejak itu, pulau tersebut tidak berpenghuni.

Rumah api di Bishop Rock kekal berfungsi meskipun tanpa pengawasan penjaga memandangkan lampu  rumah api itu berfungsi secara automatik.

Hari ini, rumah api di Bishop Rock mempunyai 10 tingkat dan sehingga empat pelawat dibenar bermalam di situ selama seminggu atau dua minggu.

0 comment... add one now