Tahukah Anda Cara Cepat Sejukkan Kereta Dijemur Panas Tanpa Perlu Buka ‘Aircon’

sejukkan-kereta-tanpa-ekon
BIASALAH, pemandu negara tropika memang tidak terlepas dengan situasisejukkan kereta ketika cuaca panas. Kereta anda pasti bertukar seperti sebuah ketuhar, terutama jika diparkir di kawasan terbuka tanpa bumbung. Kita biasanya akan terus menghidupkan penyaman udara danmenguatkan penghembus (blower) hingga maksimum semata-mata untuk sejukkan kereta dengan cepat.
Tetapi, tahukah anda ada cara lain yang dapat sejukkan kereta dengan cepat? Apapun, sejuk di sini bukanlah bermaksud kabin anda bertukar dingin seperti penyaman udara dibuka, tetapi mampu merendahkan suhu panas dengan segera. Jadi, penyaman udara anda dapat beroperasi seperti biasa tanpa perlu melaraskan tahap kelajuan penghembus.
Jom, cuba trik ini. Cuma ada 2 langkah perlu dilakukan:
i. Turunkan satu tingkap.
ii. Buka dan tutup satu pintu bersebelahan sebanyak lima atau enam kali.
Begini, jika turunkan tingkap di bahagian penumpang depan, anda mesti buka-tutup pintu bahagian pemandu sebanyak 5-6 kali. Tidak perlu menghempaskan pintu, cumabuat aksi seperti mengipas sate. Fahamkan?
Cara ini membolehkan udara panas keluar menerusi pintu pemandu yang dibuka-tutup, manakala udara sejuk akan masuk mengikut tingkap penumpang depan yang diturunkan. Inilah cara sejukkan kereta dengan pantas. Ya, anda tidak perlu terus menghidupkan penyaman udara. 🙂
Sumber - pandulaju 

0 comment... add one now