Suprise! Ini 15 perkara yang pencinta Running Man benar-benar faham

Ahli yang membintangi siri rancangan variasi SBS Running Man telah bertahan selama enam (6) tahun demi menghiburkan kita semua dengan gelagat lucu masing-masing. Tetapi, ini merupakan 19 perkara yang hanya akan benar-benar difahami oleh para peminat fanatik Running Man!
Jika anda nak uji sama ada anda adalah peminat tegar Running Man atau pun tidak, boleh lah cuba teliti 19 perkara ini. Anda tahu tak?
#1 Spartace
11
Pasangan Isnin memanglah menjadi pujaan hati semua, tetapi mungkin ada satu lagi hubungan yang sweet namun agak tersirat. Hmm Siapa lagi kalau bukan pasangan Sparta dan Ace. Mengikut sebuah sumber dari media Korea, mungkin Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ni sedang bercinta di luar set! OMG!
#2 Kebosanan Yang Melanda Bila Kena Masuk Penjara
22
Menjadi orang pertama yang tertangkap dan ditanggalkan tag nama adalah perkara yang paling menyiksa jiwa. Ramai antara ahli dan tetamu undangan akan berasa bosan dan sakit hati sebab muka mereka akan kurang muncul di dalam episod tersebut apabila ditayangkan di televisyen nanti.
Tetapi, disebabkan mereka ini bijak dan banyak idea, ada ‘kepala’ yang akan mengajak banduan lain untuk lakukan sesuatu yang bukan-bukan.
#3 Makanan Adalah Habuan Yang Paling Mewah!
3
Setiap kali penerbit Running Man membenarkan mereka untuk makan secara mewah, di mana mereka boleh makan apa sahaja dan sebanyak mana yang mereka mahu, ada di antara mereka yang mula menghidu sesuatu yang mencurigakan.
Mungkin, ada cabaran yang harus mereka lakukan sebagai pulangan semula kepada makanan yang mereka nikmati itu… jeng jeng jeng! Ya lah, mana ada habuan yang ditawarkan secara buta-buta dan percuma, pasti ada helah disebaliknya.
#4 Kotak Yang Bergerak Sendiri
4
Pada kebanyakkan episod awal Running Man yang dahulu, penerbit ada meletakkan beberapa kotak di tempat-tempat mereka menjalankan permainan supaya ahli-ahli Running Man bisa menggunakannya sebagai tempat persembunyian.
Tapi, paling lucu bila kamera dapat merakam detik kotak bergerak sendiri! haha
#5 Aww! Inilah Pasangan Song-Song Yang Sebenar
5
Dalam drama terhebat yang meruntun banyak jiwa diseluruh dunia, Descendants of The Sun menampilkan bintang terkemuka Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Ramai orang mengelar mereka sebagai pasangan Song-Song.
Namun begitu, inilah pasangan Song-Song yang sebenar. Tak percaya? 
#6 Telur & Kwang Soo Tiada Berpisah
6
Ingat lagi permainan pecah telur ikut nasib ni? Semua ahli dan tetamu undangan perlu memilih telur yang bertuah, sama ada telur rebus atau pun telur yang mentah untuk diketuk ke atas kepala mereka.
Malangnya… Memang Kwang Soo yang sering bernasib malang kerana telur yang diingatkan telur rebus rupanya… MENTAH!
#7 Kwang Soo Mempunyai Banyak Gelaran? 
7
Mana satu si Kwang Soo ni?
Si Zirafah? Si Kwangvatar? ke Prince of Asia?
#8 Keistimewaan 7012 dan Nombor 7
8
Dalam sebuah episod “Consensus” (267) Running Man, para ahli telah bermain suatu permainan di mana enam (6) orang dari mereka perlu memilih nombor secara rawak dan Yoo Jae Suk perlu main lompat tali.
Ahli kumpulannya sebulat suara memilih nombor 7 dan Yoo Jae Suk perlu menghabiskan lompat tali sebanyak tujuh kali sehingga cukup dan dia berjaya! Ia menggambarkan kekuatan persaudaraan sesama ahli Running Man sendiri.
Sejak dari itu, nombor 7 dianggap sebagai nombor keramat dalam kalangan ahli Running Man sendiri termasuklah semasa episod yang satu lagi, nombor 7012 adalah kata kunci untuk Gary melepaskan diri.
Untuk pengetahuan anda, 012 bermaksud “selamanya” dalam tanggapan Korea. Jadi, 7012 bermaksud RUNNING MAN FOREVER!
#9 Sengatan Tikar Akupunktur

Memanglah tikar akupunktur ni diakui mempunyai banyak kebaikkan untuk kesihatan manusia, tetapi setiap kali mereka dicabar untuk melalui atau berjalan di atas tikar tajam ini dengan berkaki ayam, maka herotlah semua wajah mereka menahan kesakitan yang teramat. 
Kita yang kat rumah mana ada rasa sakit, rasa lucu tengok gelagat dan dengar jeritan pasrah mereka saat melangkah di atas tikar itu adalah! Tapi kadang-kadang bila mood penerbit baik, mereka dibenarkan untuk memakai sarung kaki. Mujurlah…
#10 Haha Kembar Watak Animasi Pororo?
10
#11 Si Pengkhianat Kembar Tiga
11
Janganlah sekali-kali percaya pada tiga orang mamat ni! Bahaya. Nanti kita yang jadi mangsa pada akhirnya. Boleh dikatakan dalam kebanyakkan episod Running Man, mereka bertiga ini akan sekongkol menjatuhkan ahli yang lain. CROSS!
#12 Masih Mengharap Kepulangan Song Joong Ki
12
Ohhh rupanya Song Joong Ki ni bekas ahli Running Man musim awal yang lalu. Tetapi, entah kenapa dia memutuskan untuk tarik diri dari Running Man sekitar tahun 2011.
Memang si hero “Descendants of The Sun” ni ada kembali ke rancangan Running Man tidak lama selepas dia meninggalkannya tetapi mungkin kali ini Joong Ki perlu kembali menjadi ahli Running Man untuk selama-lamanya. Please?
#13 MoungJi Ni Perempuan Rupanyaaaa
Meskipun perangainya macam ‘jantan’, bukan mudah untuk menjadi sekuntum bunga yang dikelilingi enam (6) ekor kumbang. Kadang-kala sehingga mereka tidak perasan bahawasanya Ji Hyo ini adalah seorang wanita yang jelita. Yup! Sehingga dia keluar dengan berpenampilan begini…
13
atau begini…
1313
#14 Bila Running Man Bergabung Dengan Kumpulan K-Pop Yang Hot
Bila Yoo Jae Suk menyambut kedatangan tetamu istimewa untuk menyertai permainan mereka hari itu dan yang keluar adalah para selebriti berkumpulan yang HOT dan macho, penonton kat rumah pun mula lah berteriak dan menggeletis melihat bakal-bakal ‘suami idaman’ mereka.
141414
#15 Loceng Maut

Apabila ada yang bersembunyi dari si pemangsa yang mencari mereka sambil memakai loceng di kasut, deringan yang datang dari loceng tersebut bagaikan panggilan maut! Mereka perlu bijak mengatur langkah dan mencari tempat persembunyian yang terbaik, jika tidak… ke penjaralah jawabnya.

0 comment... add one now