Sunnah dan Perkara Sunat Boleh Dilakukan Pasangan Pengantin

Bersediakah kita untuk ke alam perkahwinan? Setiap individu pasti akan memikirkan tentang rumah tangga dan mula mencari pasangan hidup. Ianya sudah menjadi fitrah setiap insan untuk memiliki pasangan hidup. Sekiranya anda akan bernikah dalam masa terdekat, perlu anda ketahui sunnah dan perkara sunat yang boleh dilakukan pasangan selepas diijabkabul. Persediaaan awal itu penting supaya majlis berjalan lancar, pengantin pun tidaklah teragak-agak untuk menunggu arahan dari orang lain.


 


Antara sunnah dan perkara sunat yang boleh dilakukan oleh pasangan pegantin apabila selesai Akad Nikah, iaitu:

1) Sujud Syukur

2) Solat Sunat Selepas Akad Nikah

3) Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.

4) Isteri bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.





Doa yg dibacakan semasa suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri..

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." (Riwayat Abu Daud).

Sumber Gambar dari Fadzlifuzi

0 comment... add one now