Suka Ambil Selfie? Anda Mungkit Menghidap Masalah Kesihatan Yang Serius!

Selfies-1
Nampak gayanya, trend mengambil gambar selfie tidak menunjukkan sebarang tanda pengurangan langsung. Terlalu banyak mengambil gambar selfie untuk mendapatkan gambar terbaik boleh memberikan anda risiko untuk mendapat penyakit selfie elbow – kini dikatakan satu masalah kesihatan yang betul-betul wujud!
Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 17 juta gambar selfie dimuat naik ke media sosial setiap minggu. Banyak betul!
Sama seperti masalah tennis elbow atau golfer elbow, ketagihan untuk mengambil gambar selfie boleh menyebabkan masalah sakit yang amat teruk ke atas siku anda.
Hoda-Kotb-and-Andy-Cohen1
Dalam satu kes baru-baru ini, seorang wartawan dan juga hos rancangan NBC’s Today, Hoda Kotb, pergi mendapatkan khidmat doktor setelah merungut tentang kesakitan pada sikunya.
Doktor yang merawat Kotb percaya bahawa kesakitan yang dialami pada sikunya itu berpunca daripada ketagihan beliau mengambil gambar selfie – secara spesifiknya cara pegang telefon pintar yang tidak selesa setiap kali beliau mengambil gambar selfie.
“Saya pergi kepada pakar ortopedik dan dia bertanya, ‘awak main tenis atau ping-pong?’ Saya beritahunya saya ambil gambar selfie,” kata Kotb.
1392746414_hoda-kotb-kathie-lee-gifford-sarah-hyland-zoom
Dia diberitahu oleh doktor untuk bersenam secara normal dan kurangkan kesakitan dengan ais.
P/S: Nasib baik cara nak rawat kecederaan ini mudah. Cuma perlu rehat, gunakan ais, tukar habit dan renggangkan bahu dan pergelangan tangan. Mungkin juga sudah masa untuk korang kurangkan ambil gambar selfie kot? Hehe!

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 17, 2016
naseb baik xsuka ambik selfie :)