Subhanallah, Kaligrafi Indah Ini Dihasil Guna Teknik Foto Dan Cahaya



APABILA sebut mengenai kaligrafi, pastinya ramai yang terbayangkan lukisan berbahasa Arab yang dilukis dengan indah dan teliti di atas kertas atau kanvas.

Pun begitu, pernahkah anda membayangkan seni kaligrafi ini dipersembahkan dengan cara lain, seperti menggunakan teknik foto dan cahaya. Kedengaran mustahil bukan?
Namun, itulah yang dilakukan oleh seorang artis dari Perancis yang bernama Julien Breton atau lebih dikenali sebagai Kaalam.
Setelah mempelajari seni kaligrafi selama 16 tahun, Julien memutuskan untuk memberi sentuhan istimewa dengan membawa seni kaligrafi ke peringkat yang lebih indah iaitu menggunakan teknik fotografi ‘Long Exposure‘.
Hasil penggunaan teknik ‘Long Exposure’ ini, kamera akan merakam lebih banyak detail-detail subjek yang termasuk corak lampu kaligrafi yang dihasilkan Julien hingga menimbulkan efek yang luar biasa.
Tak percaya lihat seni kaligrafi Arab yang indah lagi menakjubkan ini…
1-Chef-Riz-Shikin-Maembong-Sudah-Bercerai-ROTIKAYA--700x419
2-Chef-Riz-Biasalah-Orang-Perempuan-Merajuk-ROTIKAYA
13680728_1039876762747119_5264240373162455867_n
2624630520_1a9ebcba53_z
3877558179_f43a5ac446_b
5552640203_8604dc6a5e_b
5838208788_6a28bcb77a_b
6214441128_8f156cd981_b
Hasil karya kaligrafi Kaalam yang berlatar belakangkan pemandangan indah di India, Perancis, New York dan beberapa kawasan lain ini dirakam dengan kerjasama jurufoto, David Gallard.
Sememangnya seni kaligrafi yang terhasil itu tidak boleh diragukan kerana cukup indah dan memukau.

0 comment... add one now