Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia TV3



Drama ini adalah adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea di bawah terbitan Intens. Drama ini bakal menggantikan drama Seindah Takdir Cinta sebelum ini pada slot Akasia. Drama ini dibintangi pelakon Raja Afiq dan Niena Baharun.  Ianya ditayangkan di stesen televisyen swasta Malaysia, TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6:58 petang.

SENARAI PELAKON:

Pelakon UtamaSunting

  • Raja Afiq  sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
  • Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia
  • Fezrul Khan sebagai Izzudin

Pelakon PembantuSunting

  • Hafizul Kamal
  • Reen Rahim
  • Ikhlas Jalil
  • Neera Azizi

SINOPSIS :


KAPTEN USTAZ MUKHRIZ dan DOKTOR ARIANA - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.
Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz..

PautanBiodata ringkas Raja Afiq Hero drama Sayangku Kapten Mukhriz

0 comment... add one now