Senarai lagu raya klasik yang popular evergreen sepanjang zaman


BEGITU pantas masa berlalu, sekelip mata sahaja Ramadan yang mulia bakal melabuhkan tirai. Beberapa hari lagi bulan kemenangan bagi umat Islam bakal menjelma iaitu bulan Syawal bagi meraikan amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan.
Lagu-lagu raya telah pun berkumandang di corong-corong radio dan puasat-pusat membeli-belah, keterujaan dan kegembiraan untuk menyambut hari raya kian dirasai.
Menariknya, walaupun sudah dimamah usia, lagu-lagu raya lama ini masih mampu ‘menyengat’ sekali gus terus memberi saingan kepada lagu-lagu raya ciptaan baharu.
Lebih mengagumkan, lagu-lagu raya lama ini terus mekar dan segar dalam jiwa pendengarnya. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa lagu raya klasik yang popular evergreen sepanjang zaman yang pasti tidak jemu telinga mendengarnya.
Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman
Sesuci Lebaran – Datuk Siti Nurhaliza
Lagu ini menyeru setiap insan untuk saling memohon maaf di pagi raya dan bergembira bersama keluarga. Namun lagu ini antara lagu raya era baru yang mudah diterima oleh semua lapisan baik dewasa ataupun cilik kerana melodinya yang catchy dan lirik yang mudah dihafal. Tambahan pula, lagu raya daripada Datuk Siti memang tidak mengecewakan.
Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman
Allahyarham P.Ramlee -Dendang Perantau
Lagu ini ditujukan khas untuk anak-anak rantau yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara. Walaupun melodinya mampu membuatkan rasa sebak di hati, namun lagu ini tetap menjadi antara lagu yang sering di putar corong radio.
Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman
Anuar Zain dan Elina- Suasana Hari raya
Bagi pembaca-pembaca yang lahir pada taahun 80an dan 90an pasti tidak asing lagi dengan lagu raya daripada dua penyanyi cilik ini. Walaupun sudan menginjak dewasa lagu ini tetap menjadi halwa telinga menjelang hari lebaran.
Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman
Allahyarham Sudirman-Balik kampung
Siapa yang tidak hafal lagu ini? Malah kanak-kanak juga tahu lagu paling wajib bila tiba hari raya ini. Melodi yang rancak dan lirik yang sangat indah membuatkan sesiapa yang mendengarnya tak sabar mahu pulang ke kampung halaman.

0 comment... add one now