Senarai kafe jual Bingsu paling sedap di Lembah Klang

Foto - danielfooddiary.com
Patbingsu atau patbingsoo adalah pencuci mulut khas Korea yang sangat digemari, terutamanya pada musim panas yang terik.
Pencuci mulut ini pertama kali dikenali sebagai ais kacang merah manis yang dijual oleh pedangan kaki lima. Kini, patbingsu adalah makanan yang sangat digemari, dengan variasi tambahan ais krim dan yogurt, susu, sirap buah-buahan, buah-buahan seperti strawberi, pisang, mangga, kuih beras Tteok, agar-agar dan juga bijirin.
Bukan sahaja di negaranya, di Malaysia juga pencuci mulut manis ini berjaya memikat ramai orang.
Jom tengok antara Kafe yang menjual bingsu paling sedap di sekitar Lembah Klang.
#Villa Ju Bakery Cafe @ Solaris Mont Kiara
Foto - www.opensnap.com
Foto – www.opensnap.com
Penulis selalu datang ke sini kalau nak makan patbingsu, dalam banyak-banyak perisa yang ada, paling favoriteadalah Milk Pat Injeolmi Top with Red Bean dan Milk Mango Bingsu, ya ampun rasanya sungguh sedap, manis dan sesuai dengan tekak penulis. Portion untuk bingsu agak besar jadi boleh dikongsi untuk 3 ke 4 orang makan. Serius berbaloi!
#Caffe Bene di Sunway Pyramid, Solaris Mont Kiara, Jaya Shopping Centre (Seksyen 14), IOI Mall
Foto - www.flickr.com
Foto – www.flickr.com
Tidak perlu katakan lagi, kalau anda ingin nikmati roti bahkan pastri, Caffe Bene antara yang menjadi pilihan. Patbingsu yang ditawarkan bukan sahaja pes kacang merah tetapi juga dengan gelato kopi buatan sendiri. Anda mesti cuba yang ini! Pilihan lain seperti strawberi bingsu, biskut atau krim.
#OW:L Espresso @ SS15, Subang Jaya
Foto - www.vkeong.com
Foto – www.vkeong.com
Pelbagai variasi patbingsu ditawarkan di sini. Antaranya Injeolmi bersama rice cakes, Milk Fat, Cookies & Cream atau Yogurt & Fruit. Untuk anda si penggemar kopi, boleh nikmati keunikan bingsu dan affogato, bersama toppingpes kacang merah Azuki dan aiskrim ditambah lagi espresso, memang terangkat kalau makan.
#Dal.Komm Coffee
Foto - eatdrinkkl.blogspot.com
Foto – eatdrinkkl.blogspot.com
Apa yang menarik tentang bingsu di kafe ini adalah presentation yang cukup unik, fun dan buat ramai jatuh cinta. Apa tidaknnya, bingsu dihidangkan bersama kek coklat lava panas kontra kepada bingsu yang sejuk dan ditambah dengan aiskrim untuk menyedapkan lagi rasa. Terdapat juga blueberry dan lemon tart, untuk sesiapa yang suka rasa masam buah-buahan.
#Namoo On The Park @ Publika
Foto - www.opensnap.com
Foto – www.opensnap.com
Salah satu kafe terawal di KL yang menawarkan patbingsu, versi sini lebih kepada rasa sihat, penuh dengan kek beras, kacang merah, pelbagai bijirin dan ais krim. Kiranya rasa bingsu di sini original dari Korea.
#Hanbing Korean Dessert Cafe
Foto - www.malaysianflavours.com
Foto – www.malaysianflavours.com
Popular di Korea Selatan dan Hong Kong, ini adalah kafe pertama mereka di Malaysia. Di sini terdapat enam jenis bingsu, campuran injeolmi tradisional dan teh hijau dengan olahan moden seperti mangga, blueberry dan juga biskut Oreo. Tidak seperti bingsu yang lain original warna putih dari ais, di sini bingsunya berwarna krim kerana ia dibuat daripada susu pekat beku.
#BingSu Cafe
Foto - Facebook BingSu Cafe
Foto – Facebook BingSu Cafe
Macam mana nak buat pilihan kalau ada 11 jenis bingsu yang ditawarkan. Di sini bingsu paling laris adalah gabungan perisa mangga bersama durian, ianya gabungan antara mangga manis dengan isi durian beku dan aiskrim durian berkrim untuk menambahkan lemak pada bingsu. Anda patut cuba!
#Beans N Beans
Foto - www.malaysianflavours.com
Foto – www.malaysianflavours.com
Bingsu yang paling popular adalah versi teh hijau di mana milky snow ice ditaburkan dengan serbuk teh hijau dan atasnya disertakan sekali aiskrim teh hijau dan mochi teh hijau. Siapa yang kemaruk dengan teh hijau, bolehlah rasa bingsu ini. Satu lagi yang menarik ialah bingsu caramel bersama popcorn, caramel cube dan aiskrim. Menarik bukan?
Sumber : 123

0 comment... add one now