Senarai bentuk hukuman disiplin yang dilarang di sekolah

13692581_1050772808292322_7301110284423386862_n
Lepas kes ustazah tampar pelajar perempuan di SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan, rata-rata memberikan komen tentang siapa yang salah. Hakikatnya, kedua-duanya memainkan peranan dalam perkara ini.
Mungkin cikgu tidak patut menampar pelajar, tetapi pelajar juga tidak patut berlaku kurang ajar dengan guru. Lagipun guru itu kan sumber ilmu bagi setiap insan. Siapalah kita tanpa didikan, dorongan dan berkat doa dari guru.
Di sini terdapat pula seorang pengguna Twitter yang menunjukkan bentuk-bentuk hukuman yang tidak boleh digunakan di sekolah. Apa kata anda? Adakah wajar? Jika dibandingkan dengan 10 hingga 15 tahun lepas, hukuman dari guru dianggap sesuatu yang rasional untuk mengajar anak-anak muda untuk lebih berdisiplin dan hormat orang lain.
Adakah dengan menghalang daripada menghukum pelajar, ianya membantu sistem pelajaran di sekolah? Cuba anda komen.

0 comment... add one now