Selepas Hang Pi Mana, Muncul Hang Pi Raya Pula Lebih 1 Juta Tontonan Youtube



JIKA sebelum ini kumpulan ini ‘femes’ dengan single Hang Pi Mana yang menjadi viral di laman penstriman muzik tempatan. Namun bersempena hari raya, kumpulan Khalifah tampil pula dengan sebuah lagu yang berjudul Hang Pi Raya.
Lagu mereka, Hang Pi Mana mendapat sambutan begitu baik ditambah dengan alunan dikir barat di dalam lagu menjadikan ia seperti lagu rakyat.
Berdasarkan pencarian di laman Youtube, lagu Hang Pi Raya telah ditonton lebih sejuta kali oleh pelayar intenet.
Walaupun melodi dan liriknya seakan sama dengan singlenya yang terdahulu, namun ramai netizen yang menggemari Hang Pi Mana versi lagu raya ini.
Lebih 10 ribu orang menyatakan Likes terhadap lagu Hang Pi Raya. 

0 comment... add one now