Sebenarnya Kenapa Wanita Lebih Suka Suami Orang?



RAMAI antara kita yang sedia maklum bahawa jumlah wanita sememangnya melebihi kaun lelaki. Ttapi adalah perkara ini menyebabkan lebih ramai wanita yang memilih lelaki yang sudah bergelar ‘suami orang’?
Dahulu, jika berkahwin dengan suami orang, wanita tersebut akan dianggap jahat dan kadang-adang akan diserang oleh keluarga madunya. Sekarang dah macam trend pula dan ia semakin diterima masyarakat.
Sebenarnya, apa yang menyebabkan wanita lebih memilih lelaki yang sudah berkahwin, berbanding dengan lelaki bujang?
Mungkinkah…
1- Lebih matang
Mungkin lelaki yang sudah berkahwin telah melalui sebahagian besar cabaran berumah tangga dan tidak mempunyai perangai kanak-kanak lagi. Mereka juga bijak membuat keputusan dan tidak terlalu mengikut perasaan.
2- Bekerja dan stabil
Kebanyakkan lelaki yang sudah berkahwin memiliki kerjaya yang tetap dan sudah stabil dari segi kewangan dan kehidupan mereka berbanding lelaki yang masih bujang. Ramai juga yang sudah memiliki aset tetap dan rumah. Mungkinkah ini menjadikan wanita merasakan kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang?
3- Bijak menyusun kata-kata dan bermulut manis
Selalunya, lelaki yang sudah memiliki isteri ini lebih bijak bermain kata-kata kerana sudah berpengalaman dengan isteri mereka. Tiada masalah untuk mereka memikat wanita lain terutamanya yang lebih muda berbanding mereka.
4- Lebih bertanggungjawab, memahami dan pandai mengambil hati
Tidak dapat dinafikan, lelaki yang sudah berkahwin jauh lebih matang dan bertanggungjawab berbanding lelaki yang masih bujang. Kebanyakkan dari mereka sudah mengetahui keperluan wanita dan mereka tidak memerlukan tunjuk ajar.
5- Lebih menghormati wanita
Lelaki yang sudah berkahwin mampu memenuhi kehendak wanita kerana wanita sememangnya ingin dihargai, dibelai dengan kasih sayang dan suka dipuji. Jadi, lelaki yang sudah berkahwin lebih mahir bab ini berbanding lelaki bujang yang berjiwa muda yang mahukan perhatian.
6- Lebih selesa
Boleh dikatakan ini merupakan sebab utama wanita lebih menyukai suami orang. Mereka akn berasa lebih selesa kenrana lelaki yang sudah berkahwin lebih matang dan akan menjadi pendengar yang baik. Jadi wanita mudah meluahkan perasaan dan boleh berkongsi apa sahaja dengan mereka. 

0 comment... add one now