“ Saya Dah Puas Nasihat, Maafkan Perbuatan Anak Saya, Jangan Hentam Dia Lagi”



Viral di media sosial semalam berkenaan sebuah video gelek maut daripada Ira Kazar, anak perempuan kepada pelakon , Kazar yang menampakkan susuk tubuhnya yang seksi terus hangat dikecam oleh netizen.
 
Kazar tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada semua pihak di atas kesilapan anaknya itu. Kazar meminta agar semua peminat dan orang ramai tidak terus mengecam anaknya serta keluarga.
 
Menerusi sebuah portal hiburan, Kazar mengangap semua orang pernah melakukan kesilapan dan anaknya kini sedang menerima pengajaran di atas perbuatannya agar lebih berhati-hati jika ingin memuat naik sesuatu di media sosial.
 
“ Perbuatan anak saya ini tidaklah memalukan seluruh keluarga, zaman remaja saya lagi teruk cuma bezanya kami tiada sosial media” 
 
“ Maafkan perbuatan dia, dia masih remaja dan sedang ingin lalui zaman keseronokannya, saya harap orang ramai tidak berterusan mengkritik anak saya, semua orang pernah lakukan kesilapan” 
 
Selain itu, Kazar juga sudah berulang kali menasihati anaknya agar tidak bertindak sedemikian, namun tidak diendah sehingga perkara ini beri kesan yang besar terhadapnya.
 
Pengajarannya, berfikir sebelum bertindak. Jangan lakukan perkara sia-sia yang boleh memalukan diri sendiri serta keluarga. 

0 comment... add one now