Samsung Perkenalkan Fungsi Smart Glow Pada Samsung Galaxy J2 2016

Samsung-Galaxy-J2-2016-1
Samsung pada hari ini telah mengumumkan sebuah lagi telefon baru daripada keluarga siri-J iaitu Samsung Galaxy J2. Model Samsung Galaxy J2 yang diumumkan pada tahun ini merupakan model kedua keluaran Samsung serta hadir dengan sebuah fungsi terbaru iaitu Smart Glow.
20210
Smart Glow secara asasnya merupakan lampu notifikasi yang hadir pada kerangka kamera di bahagian belakang. Pengguna juga dibenarkan ubahsuai warna lampu bersesuaian dengan aplikasi yang dipilih.
Sebuah lagi fungsi menarik Samsung Galaxy J2 2016 ini adalah sokongan Ultra Data Saving yang menawarkan penggunaan data untuk melayari lebih banyak web berbanding peranti lain. Mungkin bukan suatu fungsi yang ‘wow’ namun boleh dikatakan sesuatu yang menarik untuk telefon pintar berkategori low-spec.
Samsung-Galaxy-J2-2016-650x573
Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy J2 menggunakan cip pemprosesan quad-core Spreadtrum SC8830 1.5 GHz, RAM 1.5 GB dan 8 GB storan dalaman. Slot mikroSD juga disediakan manakala dari segi bateri Samsung Galaxy J2 dikuasai dengan bateri 2,600 mAh. Galaxy J2 juga menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu Android Marshmallow.
Sesuai dengan siri yang dikeluarkan iaitu Galaxy J, dimana siri ini memfokuskan kepada penjualan telefon pintar dengan harga yang rendah, Galaxy J2 bakal dijual dengan harga sekitar RM600 apabila tiba di Malaysia.

0 comment... add one now