Ruhainies dan Dato Red Suami Adira Jawab Isu Gambar Peluk Tersebar

Ruhainies
Pelakon baru Ruhainies berasakan dirinya telah diperangkap apabila videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu didedahkan. Ruhainies mengaku ada keluar bersama ahli perniagaan itu pada khamis lalu di sekitar pusat beli belah Bukit Bintang selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.
“Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain. Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap. Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya. Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja. Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain.”
Ruhainies memberitahu bahawa dia berasa kesal apabila menjadi mangsa dan terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan dan dia tidak tahu niat sebenar Adnan yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.
RUHAINIES.jpg
“Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum.”
Sementara itu,  Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga. Katanya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon itu kecuali berkaitan kerja.
“Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu. Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies. Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya.”
Walau bagaimanapun, dia tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu. Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.
“Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi. Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut ‘angin’ dia dahulu.”
Apabila ditanya mengenai hubungan dia dengan Adira setakat ini Adnan bagaimanapun enggan memberi ulasan panjang mengenainya : “Awak tulis okey je (hubungan mereka).”
adira1.jpg
Bagaimanapun gambar-gambar Adira bersama Adnan di Instagram wanita itu sudah dipadamkan tanpa diketahui puncanya.
Sumber : mStar

1 comment... add one now

EYJA MASLIZA EYJA MASLIZA Julai 23, 2016
wow. tak kesahlah niat orang ambik gambar tu jahat ke tak. ada atau tanpa gambar, mereka tetap berpeluk pinggang. hish papentah .