Ribena halal atau haram? Ini jawapannya sebenar!

ASSALAMUALAIKUM....
Aku terfikir juga adakah minuman ribena halal atau tak? So aku mula research untuk kenalpasti apakah hukumnya. Aku amek dari satu blog dari Ustaz Love?
ust,
maafkan sy nak mencelah..bole ust komen tak isu ribena dikatakan haram walhal jakim kata halal..

Kalau kita ragu2, maka tak payah la kita minum. Kalau kita yakin, maka minumlah. Ini berdasarkan kepada hadis yang menyuruh kita meninggalkan apa juga yang mendatangkan keraguan kepada kita, dan berpindah kepada perkara2 yg kita lebih yakin. Ini termasuk la dalam bab makanan dan minuman.
Itu masuk persoalan amalan peribadi.. sama ada kita nak minum atau kita tak nak minum, itu bergantung atas diri kita sendiri. Yang menjadi masalahnya, bila kita ragu2, kita sebarkan pulak keraguan kita itu dengan tujuan untuk menimbulkan keraguan kepada orang lain pula. Ini yang perlu diberikan perhatian, kerana setiap kenyataan yg kita keluarkan (terutama berkaitan halal haram), kita kena buktikan sebelum sebarkan. Kalau tak, ia akan menjadi fitnah dan dosa kepada kita sendiri (walaupun niat asalnya kita nak menyebarkan kebaikan).
Berkenaan isu coke, ribena, barbican, munchy’s dan apa juga produk makanan mahupun minuman, kita kena faham akan kewujudan suatu badan yang bertanggungjawab untuk menentukannya, iaitu JAKIM. Maka, adalah lebih wajar kita bertaqlid kepada kenyataan JAKIM yang lebih berautoriti dan dipercayai berbanding bertaqlid kepada khabar2 angin yang kadang2 kita sendiri pun tak tahu daripada mana asalnya.
Ustaz Love memahami, isu coke dan ribena yg dikatakan haram itu adalah kerana ia mengandungi sedikit alkohol yang terhasil semasa proses pembuatannya. Namun, kita kena juga mengkaji, berapa peratus alkohol yg ada dalam minuman tersebut? Dan adakah alkohol itu dicampurkan ke dalamnya semasa proses pembuatan air itu, ataupun ia terhasil daripada proses pembuatan air itu sendiri? Ini bukan persoalan macam arak yg kalau banyak pun haram, sikit pun haram.. Sebab alkohol itu bukan arak, tetapi dalam arak ada alkohol. Alkohol juga wujud dalam tapai, makanan kekacang dsb.
Jadi, Ustaz Love ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pembaca agar berhati2 apabila menerima sesuatu berita dan menyiasat dulu sebelum mengambil keputusan untuk menyebarkannya. Jangan sampai kita menyebarkan fitnah dan berlaku zalim terhadap orang yang tidak bersalah.

Sumber : ustaz love 

0 comment... add one now