Review Yicam vs GoPro, Yang Mana Pilihan Anda?


Malam ni aku nak review tentang beza Yicam dengan GoPro. Bagi aku GoPro keluar lebih awal berbanding Yicam. Macam besa la syarikat dari China mesti nak beri persaingan kepada syarikat lain. Sebenarnya syarikat Xiaomi keluarkan Yi Camera Oktober tahun lalu, terdapat pakej biasa yang mengandungi Yi Camera sahaja berharga RMB399 (~RM229) manakala pakej Travel pula mengandungi Yi Camera dan tongkat selfie pula berharga RMB499 (~RM299).
Kini telah terdapat lamanwebGeekpark.net, yang telah mendapatkan Yi Camera dan membandingkannnya dengan kamera aksi terkenal, GoPro HERO3 serta GoPro HERO4. GoPro HERO3 Black dijual sekitar USD265 (~RM979) manakala GoPro HERO4 Black pula sekitar USD499 (~RM1799).
Yi camera HERO3 HERO4 frontYi camera HERO3 HERO4 top
Dari segi rupa luaran, sekali imbas Yi Camera kelihatan hampir sama seperti GoPro. Perbezaan paling ketara dengan GoPro Black ialah, Yi Camera tidak mempunyai skrin LCD. Beratnya juga tidak mempunyai banyak perbezaan.
yi camera backyi camera comapre cover
Geekpark.net telah mengambil rakaman video, serta gambar di luar bangunan dan di dalam bangunan menggunakan ketiga-tiga kamera aksi. Geekpark.net melaporkan, kualiti video Yi Camera hampir sama dengan GoPro HERO3, tetapi masih jauh ketinggalan dengna GoPro HERO4.
TEST 1 - Xiaomi Yi Camera
Luar Bangunan – Yi Camera
TEST 1 - GoPro HERO3
Luar Bangunan – GoPro HERO3
TEST 1 - GoPro HERO4
Luar Bangunan – GoPro HERO4

Manakala gambar di luar bangunan tidak menampakkan perbezaan yang ketara dengan pencahayaan yang mencukupi, gambar di dalam bangunan di dalam suasana malap menyaksikan Yi Camera memberi gambar yang jauh lebih baik dari GoPro HERo3, menyamai kecerahan pada GoPro Hero4.
TEST 2 - Xiaomi Yi Camera
Dalam Bangunan Malap – Yi Camera
TEST 2 - GoPro HERO3
Dalam Bangunan Malap – GoPro HERO3
TEST 2 - GoPro HERO4
Dalam Bangunan Malap – GoPro HERO4


Dari laporan Geekpark.net ini, jelas Xiaomi sekali lagi memberikan pencabar lain saingan yang sengit, kualiti yang hampir sama pada harga yangjauh lebih rendah.

Sumber: 12

0 comment... add one now