Resepi Kek Kukus Ala Jepun Sangat Lembut


Tidak kurang dengan kek kukus biasa, tektsturnya yang berongga serta lembut membuatkan ramai orang gemarkannya. 
Apa yang membuatkan kek kukus Jepun ini lain daripada kek kukus yang lain adalah mungkin dari cara mengukusnya. Anda tidak memerlukan periuk kukus, sebaliknya hanya menggunakan mangkuk kaca yang direndam di dalam periuk atau kuali leper berisi air mendidih. Jom, ikuti resepi yang disediakan ini. Mudah sangat!
Foto -justonecookbook.com
Foto -justonecookbook.com
Bahan (dapat hasilkan 4 biji kek kukus):
  • 1/2 cawan (60g) tepung serbaguna
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega
Bahan Lain:
  • 4 keping cawan kertas bersaiz serdehana besar
  • 4 bekas “ramekin” khas untuk memuatkan cawan kertas kek anda
Foto -pinterest
Bekas ramekin yang lazimnya diperbuat dari kaca/pocelain. Foto -pinterest
Untuk Kek Kukus Keju Bersama Jagung, Sila Tambah:-
  • 1/4 cawan bijih jagung
  • 1/4 cawan keju parut
Untuk Kek Kukus Coklat Berganda, Sila Tambah:-
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko tidak manis
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar mentega 
  • 2-3 sudu besar cip coklat
Cara:
Foto -justonecookbook.com
Foto -justonecookbook.com
  1. Balut penutup periuk dengan kain seperti di dalam gambar agar air wap renihan tidak masuk ke adunan kek sepanjang proses mengukus.
  2. Tuang air ke dalam kuali mengoreng leper sehingga memenuhi separuh ruang kuali. Tutup kuali dengan penutup sementara air mendidih.
  3. Masukkan cawan kertas ke dalam bekas tunggal rameskin.
  4. Dalam mangkuk besar, gabungkan bahan tepung, serbuk penaik dan serbuk koko/jagung bersama keju parut (untuk kek kukus coklat berganda/keju bersama jagung).
  5. Gaul lebih kurang 20 kali sehingga kesemua tepung, serbuk penaik dan serbuk coklat mesra.
  6. Dalam mangkuk kecil yang lain, pukul telur, mentega yang telah siap dicairkan serta gula dan susu bersama.
  7. Masukkan campuran telur ke dalam bekas adunan tepung tadi.
  8. Tuang campuran yang telah digaul sebati ke dalam cawan kertas yang dialas di dalam bekas ramekin.
  9. Buka kuali, susun bekas ramskin di dalam air mendidih tu ***Pastikan air didihan berada di paras separuh bekas rameskin tersebut.
  10. Tutup kuali dengan penutupnya yang telah dibalut dengan kain. Biar ia masak selama 8 minit.
  11. Lihat jika kek anda telah mula naik. Jika tiada lagi bahagian kek yang lembab dan basah bermakna kek anda sudah boleh diangkat dan dialihkan.
Selamat mencuba!

0 comment... add one now