Remaja Usia 19 Tahun Sudah Bergelar Pilot Paling Muda, Ini Beza Dengan Rakan Seusianya Yang Lain!



Seorang remaja, Luke Elsworth, 19, telah berjaya menempa nama apabila dikenali sebagai salah seorang juruterbang termuda di UK.
Remaja berkenaan, ditawarkan pekerjaan itu oleh easyJet selepas dia berjaya mengambil ujian – yang memerlukan juruterbang mengambil laluan terpantas – dengan cemerlang.
Dia kemudian dimasukkan ke program latihan CTC Aviation di Southampton selepas lulus ujian itu – beberapa hari sebelum dia berumur 18 tahun.
Elsworth kemudian berjaya menghabiskan program latihan selama enam bulan itu dan pada bulan April lalu, dia telah ditawarkan jawatan sebagai pegawai utama di easyJet.
Menurut rekod, Elsworth memegang lesen Multi-Crew Pilot dan merupakan juruterbang termuda dalam sejarah UK.
Ketika ditanya sama ada dia merasa janggal apabila seseorang dengan umur semudanya boleh menerbangkan pesawat penumpang, Elsworth menjawab : “Saya tak fikir ianya janggal. Saya juga ingin menggalakkan mereka yang muda untuk mengikut langkah ini”.
“Jika kamu sudah layak untuk ini (menjadi juruterbang), kamu sudah pun melalui latihan dan kamu berminat dengannya, jadi umur bukannya satu masalah”, kata Elsworth.
Elsworth juga berkata, setakat ini, dia tidak pernah melihat penumpang-penumpangnya risau apabila melihat dia memasuki kokpit.
Kata Elsworth lagi, jika dia menaiki keretapi api dan pemandunya seseorang yang baru berumur 18 tahun, dia tidak akan risau jika pemandu itu sudah menjalani latihan secukupnya.
Elsworth telah menerbangkan pesawat Airbus A319 dan A320. Setiap kali dia berjaya mendaratkan pesawatnya, dia akan berpusing dan teruja melihat bagaimana mesin sebesar itu berjaya didaratkan olehnya.
Sumber : Metro.co.uk

0 comment... add one now