Punca Pokemon Go Lewat Di Negara Asalnya Jepun, Ini SEBABNYA!

Pokemon

Setelah 17 hari dilancarkan, rakyat Jepun akhirnya dapat menikmati permainan peranti popular berasal dari negara itu dan mencetuskan fenomena di seluruh dunia, Pokemon Go.

Permainan peranti telefon pintar berasaskan aplikasi sistem kedudukan global (GPS) itu muncul di Jepun awal 22 Julai, negara yang mula memperkenalkan watak tersebut pada 1996 lalu sebelum dikomersialkan ke seluruh dunia.
Pokemon asalnya ialah perkongsian francais antara syarikat permainan tempatan, Nintendo dengan dua firma lain, Game Freak dan Creatures pada 1995 sehingga ia menjadi popular termasuk menerusi program animasi televisyen.
Malangnya ketika Pokemon Go dilancarkan di tiga buah negara, Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand pada Hari Raya Aidilfitri 6 Julai lalu, rakyat Jepun terkejut kenapa ia bukan bermula di negara mereka sendiri.
Malah permainan gajet realiti ini kemudian berkembang pesat kepada lebih 30 buah negara di benua Eropah dan Asia mencetuskan sensasi serta viral menerusi media sosial selain isu kontroversi di beberapa negara tertentu.
pokemon1
Spekulasi itu akhirnya terbongkar apabila, John Hanke, ketua Niantic Inc. yang bertanggungjawab memajukan Pokemon Go dan berpangkalan di AS menceritakan rasional kenapa Jepun pula boleh terlewat lebih dua minggu.
Akhbar berpengaruh Japan Times pada Jumaat yang memetik kenyataan majalah antarabangsa Forbes melaporkan, firma itu terpaksa bekerja keras memastikan segala prasarana ‘belakang tabir’ di Jepun agar benar-benar bersedia.
Ini kerana syarikat tersebut menjangka akan berlaku kesesakan trafik paling luar biasa di negara matahari terbit itu sebaik Pokemon Go dilancarkan dan trend pengguna gajet di Jepun jauh berbeza daripada negara-negara maju lain.
Dalam pada itu, McDonald’s Holding Japan bersetuju menjadi penaja utama permainan tersebut di Jepun dengan mempromosikan Pokemon Go di 2,900 cawangan restoran makanan segera popular Barat itu di seluruh negara.
pokemon2
Bahkan, semua premis McDonald’s di Jepun menjadi lokasi pencarian dengan dikenali sebagai PokeStops dan Gyms, selain pemain boleh melatih raksasa mereka serta melakukan pelbagai aksi bersama-sama pemain lain.
Kejayaan Pokemon Go secara tidak langsung memberi harapan baharu buat Nintendo dan McDonald’s di Jepun yang sebelum ini sering bergelut dengan pelbagai kontroversi domestik sehingga menjejaskan keyakinan pengguna.
Dalam masa dua minggu pertama dilancarkan di seluruh dunia, permainan itu dimuat turun lebih 30 juta dengan Nintendo meraih perolehan AS$35 juta (RM142 juta), menurut firma penyelidikan SensorTower Inc. berpusat di AS.


Pokemon Go juga menyaksikan rekod ia dimuat turun 10 juta yang paling pantas berbanding dengan permainan peranti pintar popular lain seperti Clash Royale dan Candy Crush Jelly Saga. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

0 comment... add one now