Puma perkenal rekaan sepatu ignite dual baharu untuk musim luruh/sejuk 2016


Jenama barangan dan aksesori sukan terkemuka global, PUMA kini memperluas koleksi IGNITE, merupakan sepatu khas untuk aktiviti bersukan dengan IGNITE Dual untuk musim Luruh/Sejuk 2016 yang menawarkan keseimbangan elemen fungsi dan gaya.
IGNITE Dual evoKnit. Foto -Arkib Wanista
IGNITE Dual evoKnit. Foto -Arkib Wanista
Direka dengan penuh terperinci, IGNITE Dual dibekalkan dengan daya fleksibel serta dilengkapi kusyen tapak untuk menampung pengekalan tenaga pelari secara berpanjangan. Bukan itu sahaja, IGNITE Dual turut menampilkan teknologi IGNITE FOAM yang diletakkan pada bahagian tengah tapak untuk mengembalikan tenaga atlet.
Rekaan luar bahagian kasut dihiasi grafik kontemporari untuk menerapkan ciri-ciri keremajaan yang moden, sesuai benar digayakan menjelang sukan Olimpik 2016 pada Ogos akan datang melihatkan PUMA sebagai salah satu penaja untuk seragam podium serta pakaian latihan atlet bagi acara sukan besar-besaran itu.
IGNITE Dual Disc. Foto -Arkib Wanista
IGNITE Dual Disc. Foto -Arkib Wanista
IGNITE Dual dari PUMA ini terdapat dalam dua pilihan menarik termasuklah IGNITE Dual Disc, mengetengahkan reka bentuk kasut tanpa tali, sangat mudah dan cepat untuk disarungkan kaki yang ditemani cekaman selesa, disertai butang disk di bahagian atas tengah kasut yang berfungsi kala mahu menanggalkan kasut dari kaki. Manakala IGNITE Dual evoKnit pula memiliki bahagian atas kasut jenis kait yang lembut, selesa membaluti keseluruhan permukaan kaki, membekalkan pengaliran udara yang lancar serta mudah lentur.
IGNITE Dual Disc. Foto -Arkib Wanista
IGNITE Dual Disc. Foto -Arkib Wanista
Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com/en_MY atau kunjungi butik sukan dan para pengedar jenama PUMA yang sah sekitar Malaysia untuk mendapatkan kasut edisi terbaharu dari koleksi IGNITE Dual, istimewa untuk lelaki dan wanita yang aktif bersukan.

Sumber - wanista 

1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip Julai 30, 2016
PUMA ni akak berkenan design ada rimau tu je.. yang pelik2 canggih2 ni hehehe.. rege pun kemain..