Petua Elak Suami Curang



Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan rumahtangga yang bahagia dan saksama. Walaubagaimanapun rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda badai. Itu lumrah bagi mereka yang sudah berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami ister. Untuk mereka yang bergelar isteri, apa kata ambil tahu sedikit info bagi mengelakkan suami curang dah berpaling tadah dalam perkahwinan.

1. Berpenampilan Menarik
 

Kadangkala sedar tak sedar jika sudah terlalu la berumahtangga, penampilan si isteri agak diabaikan akibat sudah terlampau selesa bersama suami. Ada yang bila bekerja baru lah nak bergaya tapi bila balik ke rumah seupa orang tak ada gaya. Seeloknya titik beratkan lebih penampilan terutamanya bila bersama dengan suami. Tak lah sakit mata je suami pandang lagi-lagi bila dah penat balik dari bekerja.

2. Amalkan Kehidupan Seks Yang Sihat


Meski pun topik seks agak taboo dalam masyarakat kita, seharusnya perkara ini perlu dititikberatkan terutamanya untuk pasangan yang sudah berkahwin. Banyak perkahwinan bermasalah berpunca dari kehidupan seks suami isteri. Jika ada diantara anda mempunyai masalah sebegini, berusahalah bersama memperbaiki permasalahan ini.

3. Mempunyai Persamaan


Jika belum berkahwin, carilah pasangan yang mempunyai banyak persamaan dengan anda. Kajian mendapati jika pasangan suami isteri mempunyai banyak persamaan dapat mengecilkan risiko untuk pasangan berlaku curang.

4. Titik Beratkan Waktu Berdua 


Untuk pasangan berkahwin yang mempunyai jadual yang amat padat dan sibuk, sekurang-kurangnya dalam seminggu cari masa sesuai untuk luangkan masa berdua bagi membuatkan hubungan suami isteri jadi lebih erat lagi.

5. Hargai Pasangan
 

 
Tak salah kalau sekali sekala menghargai pasangan dengan menghadiahkan sesuatu yang mereka suka jika berkemampuan. Atau lakukanlah kejutan dihari istimewa pasangan untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta berdua.

6. Bersahabat Dengan Teman Pasangan


Jadikanlah teman-teman anda sebagai sahabat anda sendiri untuk lebih mengenali pasangan anda. Setidak-tidaknya jika suami seakan berubah secara tiba-tiba mungkin rakan kepada suami dapat anda bertanyakan mengenai perihal suami. Biar cari jalan penyelesaian cepat jangan sampai terlambat. Setidak-tidaknya anda berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Sumber Rahsia Perkahwinan

0 comment... add one now