Penyelidik UM Berjaya Tanam Saffron di Malaysia, Rempah Bernilai RM32,000/kg


KUALA LUMPUR, 9 Julai ― Sekumpulan penyelidik Falkulti Sains Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah apabila berjaya menanam dan menghasilkan buga saffron atau za'ffran yang juga merupakan rempah termahal di dunia di Malaysia.

Bunga saffron - yang juga digelar raja segala rempah - hanya boleh ditanam di kawasan negara empat musim seperti kawasan Mediteranean, Asia Barat dan Eropah. Bunga itu digunakan sejak ribuan tahun dahulu terutama di Asia Barai sebagai rempah dalam masakan.

Lebih mengujakan, harga bunga itu boleh mencecah antara RM28,000 hingga RM32,000 sekilogram.

Menerusi usaha yang diketuai oleh Professor Dr. Rosna Mat Taha bersama Nordiyanah Anuar, Noraini Mahmad, Asif Khan, Dr Sadegh Mohajer, Nor Amirah Md. Nor, pokok saffron itu berjaya ditanam secara in vivo dalam bilik kultur dan ia berbunga buat pertama kainya dari November hingga Januari lepas.


Tanaman unik yang dianggap "emas merah" dunia ini digunakan sejak turun temurun dalam masakan dan kini semakin meluas digunakan sebagai bahan pewarna, minyak wangi dan dalam bidang perubatan serta sebagai campuran dengan madu untuk makanan kesihatan.

Mengandungi safranin, ia bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara khasiat saffron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia bagi membantu menguatkan daya ingatan.

Banyak tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam mengenai khasiat dan kebaikan saffron yang turut diperakui oleh ahli perubatan barat moden.

Saffron merupakan tumbuhan yang sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Ia membiak melalui umbisi pada tanah dan akan mengeluarkan bunga pada awal musim luruh pada suhu antara 11 dan 18 darjah Celcius.

Di dalam penjagaannya, suhu, jenis tanah dan juga rawatan awal pada umbisi memainkan peranan yang penting bagi setiap pertumbuhan bunga tersebut.

Sumber : TMOSumber : 

0 comment... add one now