Pengasas 'Lemang Pak Ali' Meninggal Dunia, Inilah Pesanan TERAKHIR Arwah Buat Anak Dan Isteri!

post-feature-image

Md. Ramli Abdul Rasip atau lebih dikenal sebagai Pak Ali yang mengasaskan Lemang Pak Ali di Hulu Klang meninggal dunia akibat lelah kira-kira pukul 4 petang semalam di Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang.

Allahyarham yang berusia 74 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Lembah Keramat dekat Hulu Klang, kira-kira pukul 10 pagi Sabtu. Sebelum ini, Pak Ali dikatakan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari akibat lelah namun dibenarkan keluar kelmarin.

Menurut isteri arwah, Badriah, 38 mengatakan bahawa arwah sempat berpesan kepada beliau dan anak-anaknya supaya teruskan legasi perniagaan mereka. 
“Hati saya sayu bila teringat pesanan arwah menyuruh saya dan anak-anak meneruskan legasi perniagaan lemang warisan keluarga ini sampai bila-bila.
“Sebab itu arwah menurunkan ilmu membuat lemang kepada anak-anaknya dan sejak kecil mereka diajar membuat makanan tradisional ini,”kata Badriah Najib Hasri.

Lemang Pak Ali yang diasaskannya 33 tahun lalu itu terus mendapat perhatian sepanjang tahun dan terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRRII) berdekatan susur masuk Taman Melawati.

Setiap kali ketibaan bulan Ramadan dan Syawal akan menyebabkan MRRII berdekatan gerai Lemang Pak Ali sesak ekoran orang ramai berpusu-pusu mahu mendapatkan lemang yang diasaskan pada tahun 1984 itu.

0 comment... add one now