Pendapatan Suami Isteri RM 10,000 Tidak Cukup Untuk Beli Rumah, Dedah Wanita Ini

Image result for gaji rm10000 tak cukup

Macam ini, Aku baru bekerja dalam lima bulan. Suami aku pun sama. Gaji kami berdua dalam lebih RM 5,000 seorang. Tolak KWSP, tinggal RM 4,500 seorang. Untuk makluman, kami tak ada anak lagi. Kami rancang untuk nak anak dalam dua tahun lagi. Atau setahun lagi.

Masalahnya macam ini. Kami merancang nak beli rumah. Buat masa ini kami duduk di rumah mertua, yang bermakna rumah mak ayah suami akulah. Mak ayah aku desak suruh aku beli rumah sebab mereka tak berkenan sanhat aku duduk rumah mertua takut jadi bergaduh atau apa ke. Almaklumlah, sifat kerja aku sangat teruk. Sibuk memanjang. Balik rumah untuk tidur saja. Makan pun tak sempat, apatah lagi nak masak. Tapi hal baju suami aku dan kemas rumah tu aku buat saja.

Mak ayah aku runsinglah takut ni jadi menantu yang tak digemari disebabkan kesibukanku, dan aku pun stres sebab bila aku balik rumah aku nak rehat dan tidur. Televisyen pun aku tak nak tengok tapi bila dah duduk di rumah mertua ni, kenalah pergi bersosial di ruang tamu. Ini common senselah kan. Tolong mak mertua di dapur, juga common sense kan, Tapi aku tak mampu nak buat semua itu. Bila balik rumah aku nak rehat saja. Kalau aku balik on call memang tak larat nak buat semua itu. Jadi kau akan jadi stres. Mak ayah mertua aku memang tak cakap apa-apa lagi setakat ini tetapi akulah yang rasa bersalah. Tapi aku nak rehat T_T
Jadi mak aku desak beli rumah Semi D dekat rumah dia, harga RM 280,000, di mana 30 minit paling kurang dari tempat kerja. Ayah aku pula desak aku beli rumah dekat kawasan itu juga, banglo, RM 400,000, dalam 30 minit dari tempat kerja juga. Kemudian ada satu rumah ini dalam 15 minit dari tempat kerja.
Kemudian ada satu rumah banglo setingkat dalam RM 520,000 dalam 15 minit dari tempat kerja yang kami berdua rasa lebih baik dari dua rumah yang mak ayah aku desak itu. Jadi aku buat keputusan beli rumah itu. Buat permohonan pinjaman, pinjaman lulus RM 495,000. Suami aku kenalah cari wang selebihnya, tapi rumah itu di atas nama aku dan akan ditolak dari duit aku bulan-bulan.
Masalahnya, sekarang aku rasa tak pasti pula. Suami aku pun sama. Sebab bulan-bulan rumah itu kena tolak RM 2,600 dari gaji. Kami berdua bagi RM 500 kepada mak ayah masing-masing jadi dah dalam RM 1,000 di situ. Kereta aku masih baki lagi RM 3,000 (aku beli kereta terpakai dengan wang tunai hutang dengan mak aku dahulu). Dan suami aku bayar kereta yang dia guna RM 600 sebulan. Kereta itu keluarga dia yang biaya masa dia belajar dahulu. Sekarang dia sambung bayarkan.
Dan kalau beli rumah itu, kena buat pinjaman peribadi dalam RM 60,000 untuk bayaran muka dan untuk perabot. Jadi tolak dalam RM 1,000 lagilah kot sebulan. Dan kira-kira kalau tolak bil tinggal dalam RM 2,940 untuk kami makan dan simpan, in total.
Kami runsing, sebab takut tak cukup duit untuk makan dan kalau ada apa-apa kecemasan. Senang kata tak sempat nak merasa duit banyak kemudian terus sangkut dengan hutang pinjaman. Tak jalan-jalanlah kami berdua nanti. Tiada duit untuk berjimba lah. Walau bagaimanapun, jika kami beli terus itu bermakna duit kami itu ditukar jadi harta. Aset. Tetapi lepas itu makan ikan keringlah kami. Tolong ingat yang aku memang tak masak sebab tak sempat. Kebanyakan masa kami makan di luar.
Adakah terlalu awal untuk kami beli rumah? Untuk makluman, umur kami berdua 27 tahun. Dah tua dah kot. Kalau beli rumah itu, sahih dah sangkut kat rumah itu saja sampai tua walhal dari segi rekaan, aku taklah berkenan mana. Biasa-biasa saja, suami aku pun. Atau adakah lebih baik kami beli tanah saja dan bina rumah di atasnya nanti?
Tapi nanti aku terpaksa berterus-terusan menumpang rumah mak mertua aku. Tiada privasilah. Sebenarnya mak ayah aku ada rumah lebih, tiada orang duduk rumah itu tetapi lokasinya 45 minit dari tempat kerja. Aku tak larat nak memandu jauh-jauh pergi dan balik sehari-hari.
Apa yang patut aku lakukan? Dah berbelah bagi dah ni.
– MrsConfused
Sumber: IIUMC

3 comments.. read them below or add one

Tanpa NamaTanpa Nama Julai 14, 2016
yang korang berdua beli rumah harga juta-juta tu buat apa, beli rumah murah, tengok macam aku, gaji 5,000 ribu beli Rumah teres 2 tingkat RM 365,000 je.
khai khai Julai 15, 2016
RM10K pun tak cukup??? Biar bet?? huhu.. den tak pernah beli rumah, tak tahu... Kalau betul.. pergh..yang gaji bawah RM10K lagi la senak
Tanpa NamaTanpa Nama Julai 15, 2016
bkn mtk pndapat pn ni sbnrnya nk gtau dia bkerjaya,,umo 27 dh prepared deli umah 520k,,gaji 2 org 10k tu je sbnrnye nk org tau khebatan dt dan koje dia tu siap gtau balance 2900 pn xcukop lg,,mudah2 makbul doa ko dik makan ikan kering :) byk nye riak tersembunyi ko dik oii