PASTI ANDA TAK SANGKA! Skarf Ini Mampu Buat Orang Jadi 'Halimunan' Sekelip Mata

post-feature-image

Bagi mereka yang tidak mahu gambarnya terakam ketika kamera diketik, skarf yang diberi nama ISHU mungkin penyelamat buat mereka.

Skarf yang direka oleh Saif Siddiqui itu mula mencuri perhatian apabila ia telah dipakai oleh beberapa selebriti Holywood yang terkenal seperti Paris Hilton, Cameron Diaz dan Joe Jonas.

Menurut portal msn.com melaporkan, Saif, 28, menjelaskan bagaimana skarf itu berfungsi dengan bertindak balas terhadap flash kamera.

Menurut Saif, apabila kamera diketik, wajah pemakai skarf itu tidak akan kelihatan di dalam gambar disebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan setiap kali terkena pancaran flash kamera.

1 comment... add one now

farah farhana mohamad sanusi farah farhana mohamad sanusi Julai 04, 2016
Haiii.. farah datang bw n follow. Jemput join segmen bloglist farah ye ^0^

http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html