Panduan Cara Elak Menjadi Mangsa Jenayah Scam Call

Salam readers!


Aku nak kongsi sedikit mengenai penipuan scam call kalau korang letak item di mudah.my. Selalunya melalui Mudah.my lebih banyak pengguna ditipu oleh orang asing. Untuk pengetahuan korang, scammer lebih mudah menipu melalui scam call. Bagaimana cara untuk tidak menjadi mangsa kepada sindiket scam call. Berikut langkah2 yang telah disediakan di bawah.


Apa itu scam call?

Scam call merupakan panggilan telefon palsu yang dibuat ke nombor telefon anda daripada individu atau sindiket yang biasanya menjalankan aktiviti jenayah melalui telefon bagi menperdayakan mangsa demi mengaut keuntungan. Mangsa yang membuat panggilan semula ke nombor berkenaan akan dikenakan caj panggilan yang tinggi dan tersembunyi

Modus operandi scam call 

Strategi yang digunapakai adalah individu atau sindiket yang turut juga dikenali sebagai Fraudster akan membuat panggilan masuk ke telefon anda dalam bentuk 'Missed call' dengan menggunakan nombor telefon (Caller ID) +265882615017 atau 265882615012. Sesiapa yang membuat panggilan semula ke nombor tersebut akan menjadi mangsa dan akan dikenakan caj panggilan yanh tinggi dan tersembunyi.

Tips elak dari terkena scam call 

● Anda dinasihatkan supaya jangan sesekali membuat panggilan semula kepada nombor2 tekefon antarabangsa yang tidak anda kenali.
● Boleh bukak website ini seperti http://www.unknownnumbers.com/ atau http://www.stopting.us/ bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang no telefon antarabangsa yang tidak dikenali.

Moga-moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak mudah ditipu oleh scammer.



0 comment... add one now