Padah Biar Anak Peluk Kucing Terbiar, Lihat Apa Yang bersarang Dalam Telinga!



Korang pernah kena hinggap dengan kutu babi ataupun sengkenit? Kata orang, sekali dah kena memang perit sekali sakitnya. Kebiasaan parasit ini hidup di badan haiwan-haiwan terbiar seperti kucing liar, anjing, tempat-tempat kotor dan seiring dengannya. Tambahan kalau ada anak kecil, jangan sewenangnya membiarkan anak anda peluk cium dengan kucing-kucing terbiar. Bukan sahaja haiwan terbiar, pastikan kebersihan anak juga dijaga. Diusia kanak-kanak seperti mereka, pelbagai penyakit parasit senang hinggap pada badan mereka jika tidak dijaga dengan sebaiknya. Baca perkongsian daripada Nadhrah Zulkifli ini. Telinga seorang anak kecil dimasuki sejenis serangga kutu babi akibat si ibu membiarkan anak  bermain dengan kucing terbiar. Jadikan sebagai peringatan dan pengajaran ya semua.
 
Assalamualaikum. Disini ada berita terbaru. Sila jaga anak anak anda terutama sekali yang masih kecil. Jangan biarkan mereka bermain atau memeluk kucing yang terbiar mahupun keadaan sekeliling. Gambar dibawah menunjukkan seorang anak kecil sekaligus anak kawan kepada sepupu saya yang telinganya dimasuki KUTU BABI dan sedang bertelur. Tolong beri perhatian.



Kalau nak hilangkan, ambil temakau jawa, korang rendam dalam air dan tunggu air tersebut jadi warna coklat gelap. Kemudian, masukkan air tu dalam telinga, Lama lama kutu ini akan tertanggal sendiri dan mati. 

0 comment... add one now