Nick Johnson orang pertama berjaya menangkap semua Pokemon!

pokemon-go-campeon-promo
Demam Pokemon GO sekarang sangat gila, ramai orang di seluruh dunia berkongsi pengalaman, tips dan helah di Internet. Kali ini, terdapat seorang pengguna dalam komuniti Reddit Pokemon GO berkongsi bahawa dia telah berjaya menangkap semua Pokemon!
Pengguna Reddit dengan nama ftb_hodor atau nama sebenarnya, Nick Johnson, telah memuat naik satu entri di Reddit mengatakan bahawa dia telah berjaya menangkap semua Pokemon yang ada di Amerika Syarikat. Dia juga turut berkongsi gambar untuk membuktikan bahawa dia tidak menipu.
image
Walaupun terdapat 151 Pokemon dalam permainan asal generasi pertama, Pokemon GO hanya mempunyai 142 Pokemon dan ini tidak termasuk 3 Pokemon lagenda, Articuno, Zapdos dan Moltres; dan juga 3 Pokemon khas mengikut kawasan, Mr. Mime (Eropah), Kangaskhan (Australia & New Zealand), dan juga Farfetch’d (Asia).
Nick merupakan seorang penduduk di Brooklyn, New York, dan dia akan meninggalkan tempat kerja pada jam 6.30 petang setiap hari dan berjalan sekitar Manhattan dan Brooklyn untuk mencari Pokemon.
Dia juga mengatakan kadang kala dia berjalan sehingga 8 jam dan aplikasi fitness dalam telefon pintarnya menunjukkan dia bergerak sejauh 12.8 kilometer secara purata setiap hari.
Dia memerlukan Pokemon Porygon yang merupakan Pokemon ke-141 diperlukannya. Jadi, dia mengembara hingga ke bandar Jersey untuk mendapatkannya dengan menggunakan servis Uber dan memandu di sekitar kawasan tersebut.
pokemongo_master_big
Dia terpaksa menangkap sehingga 4,629 Pokemon untuk mendapatkan kesemua Pokemon dalam permainan ini dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.
Dia mengatakan yang dia akan sampai ke rumah dalam keadaan penat dan terus tertidur hampir setiap hari. Pokemon terakhir yang diperlukannya ialah Omastar dan walaupun dia boleh mendapatkannya di kawasan berhampir tempat tinggalnya, kehilangan liputan rangkaian selamat 15 minit telah menyebabkan dia kehilangan Pokemon tersebut. Dia kemudiannya menaiktaraf (evolve) Omantye untuk memenuhi carta tersebut.
Dia berkata kin dia berhasrat untuk pergi ke benua lain untuk mendapatkan Pokemon khas yang disebut di atas. Dia berniat untuk menjadi yang terbaik!
P/S: Bagus juga ya, sebabkan permainan Pokemon GO ini, dia jalani hidup yang sihat dan membantu ekonomi dengan menggunakan servis Uber. Menarik!

0 comment... add one now