Neuvoo.com Enjin Pencarian Kerja Kosong Terkini!

Selamat malam!


Entry kali ni aku nak kongsi satu laman web yang mudahkan korang untuk cari kerja di Neuvoo.com. Sebenarnya sebelum beberapa hari nak raya, aku dapat mesej dari pekerja Neuvoo, untuk partnership dengan laman Neuvoo. Pertama kali, aku terfikirkan ingatkan apa?...tapi sebenarnya ia satu laman web online job aggregator yang terletak di Montreal, Kanada.

Kalau korang perasan lihat bahagian bawah blog aku...ada laman web ini. Boleh la korang nak cari kerja di situ.

Apa itu Neuvoo.com?

Neuvoo.com adalah satu platform di mana pengguna dapat mencari peluang pekerjaan, placement agencies yang terdapat di Malaysia dan luar negara secara percuma. Headquarter syarikat laman web ni terletak di Montreal dan pejabat Eropah di Switzerland. Neuvoo juga terdapat di UK, Perancis, Kanada dan lebih 60 negara yang lain.


Neuvoo.com berkolaborasi dengan beberapa organisasi berikut :

http://jobs.kku.edu.sa/

http://www.sfaa.ch/en/jobfinder.asp

http://fortstjohn.com/career-opportunities

http://torontoist.com/job-board/

http://oeildurecruteur.ca/offres-demploi-au-canada-quebec/

Apa kelebihan Neuvoo.com?

Di Neuvoo.com, terdapat sebanyak 60,000 peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia dan ianya selalu dikemaskini dari semasa ke semasa. Tidak kurang juga, pengguna boleh cari peluang pekerjaan di luar negara.

~ Boleh diakses dalam beberapa bahasa
~ Senang
~ Selesa untuk digunakan
~ Percuma
~ User-friendly

Bagi pendapat aku, dengan adanya aggregator job Neuvoo.com para graduan, professional dan kepada sesiapa yang sedang mencari kerja tidak perlu risau lagi, boleh menggunakan untuk mencari tempat internship di dalam mahupun di luar negara!

Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama mencari peluang pekerjaan di Neuvoo.com!



0 comment... add one now