Menarik teknologi robot berotot Jepun menyerupai manusia!

Robot Otot
Teknologi robot bukan la satu benda baru bagi kita semua. Pelbagai teknologi robot telah dibangunkan dan diaplikasikan di dalam pelbagai jenis bidang. Ada yang digunakan bagi menyelamatkan mangsa bencana alam, industri pembuatan barang-barangan dan sebagainya.
Di sini saya nak berkongsi video dengan semua mengenai teknologi robot yang dibangunkan oleh salah satu university di Jepun. Teknologi yang digunakan ada lah berbeza dengan teknologi robot menyerupai manusia yang banyak dibangunkan sebelum ini.
Teknologi “Robot Berotot” ini adalah hasil kerjasama yang dibangunkan di antara Tokyo Institute of Technology dan Okayama University. Teknologi otot pada robot yang dipanggil aktuator jenis McKibben (McKibben type actuator) ini digerakkan dengan menggunakan tekanan udara.
Konsep McKibben ini diaplikasikan supaya pergerakan robot nampak lebih realistik dan menyerupai pergerakan sebenar otot manusia. Jika teknologi ini berjaya dibangunkan, kemungkinan robot ini akan diaplikasikan bagi membantu orang-orang tua yang kurang upaya untuk membuat kerja2 berat.
Robot Otot 1
Pembangun teknologi ini juga menyatakan otot yang digerakkan menggunakan tekanan udara ini dapat menghasilkan kekuatan otot yang jauh lebih kuat berbanding manusia.
Sejauh mana teknologi ini dapat dibangunkan masih tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan satu hari nanti kita akan dapat melihat sendiri kelahiran robot “Terminator” di depan mata.

0 comment... add one now