Melaram Beg Tangan Mahal, Foto Comel Aaisyah Dhia Rana Jadi Perhatian

Melaram Beg Tangan Mahal Foto Comel Aaisyah Dhia Rana Jadi Perhatian

Menerusi kemaskini laman Instagram pelakon Rozita Che Wan, aktres itu memuatnaik foto comel puteri kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana melaram beg tangan mahal berjenama.

Majoriti pengikut Instagram Rozita memberikan respon positif terhadap foto-foto tersebut. Ada yang ‘geram’ melihat kecomelan Aaisyah, malah ada juga beranggapan yang Aaisyah beruntung kerana diberikan beg tangan mahal berjenama oleh ibunya.

Rozita bersama suaminya, aktor Zain Saidin dan Aaisyah kini sedang bercuti di Barcelona, Sepanyol.

Selain Barcelona, mereka turut akan ke tempat menarik lain di bumi Eropah seperti Madrid dan Cordoba. Mereka bakal pulang ke tanah air pada 20 Julai nanti.


0 comment... add one now