Masalah Mata dan Puncanya


Mata penyeri wajah. Dari mata juga kita mengekspresi perasaan; sayang, marah, benci dan sebagainya. Betapa besarnya pengaruh mata dalam kehidupan harian kita.

Kawasan kulit di sekitar mata boleh menceritakan gaya hidup kita, sama ada kita letih, cukup tidur atau tidak, makan sajian yang berkhasiat atau sebaliknya, minum alkohol atau tidak juga menggambarkan keadaan anda dalam keadaan baik atau tidak baik.

Jadi,penting untuk kita memelihara anugerah Tuhan ini agar sentiasa cantik, segar dan sihat. Ketahui do’s and don’ts dalam menjaga mata.

1. Jangan sesekali menggunakan produk pelembap wajah pada kawasan sekitar mata kerana sesetengah bahan yang digunakan boleh mengakibatkan radang atau rasa tidak selesa dek kulit yang terlalu nipis. Pilih produk yang dirumus khusus dan mempunyai tekstur ringan. 

2. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam secara berlebihan dalam makanan, menyebabkan garam yang diambil akan berkumpul di bawah mata dan berpotensi menimbulkan kesan sembap pada mata.

3. Untuk mengurangkan kesan lingkaran hitam di bawah mata, guna krim penutup cela rona pic.

4. Jangan lupa oles krim SPF kerana cahaya matahari turut menyerang bahagian bawah mata.

5. Tidur dalam kedudukan bantal sedikit tinggi agar tiada cecair berkumpul di kawasan mata yang menyebabkan sembap.

6. Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mengurangkan kesan lingkaran hitam. Tidur mesti cukup ya.

0 comment... add one now