Lionel Messi dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan, ini sebabnya mengejutkan!


BINTANG Barcelona, Lionel Messi dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap tiga pertuduhan penipuan cukai, menurut kenyataan mahkamah pada Rabu.

Mahkamah turut mensabitkan hukuman penjara 21 bulan ke atas bapa pemain Argentina itu, Jorge membabitkan tiga pertuduhan yang sama.

Tambah kenyataan tersebut, hukuman itu boleh dibuat rayuan menerusi mahkamah tinggi Sepanyol.
Bagaimanapun, di bawah undang-udang Sepanyol, hukuman penjara di bawah dua tahun boleh menjalani tempoh percubaan, yang mana Messi dan bapanya tidak perlu ke penjara.

Mahkamah memerintahkan Messi
untuk membayar denda kira-kira 2 juta Euro (RM8.9 juta) dan bapanya pula perlu membayar 1.5 juta euro (RM6.7 juta) kerana melakukan kesalahan itu. - Reuters

0 comment... add one now