Lelaki Malaysia Cenderung Pilih Wanita Utara Untuk Jadi Isteri, Kenapa?

Percaya atau tidak, memetik laporan daripada Utusan Malaysia baru baru ini, sebuah agensi mencari jodoh telah menyatakan bahawa lelaki di Malaysia cenderung untuk memilih pasangan hidup dari negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
Pengurus Agensi Jodoh, Zainudin Md. Jaafar yang berpengalaman selama 10 tahun dalam kepakarannya itu berkata, selain nege­ri-negeri di sebelah utara, rata-rata pemuda di negara ini juga memilih wanita dari Johor untuk dijadikan teman hidup.
“Saya pun tidak pasti apa keistimewaan wanita dari utara, tetapi berdasarkan pengalaman saya, lelaki banyak memilih wanita dari sana. Begitu juga dengan wanita Johor, mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan”
“Bagi wanita pula, rata-rata pelanggan saya memilih pasa­ngan lelaki mereka dari ibu kota dan juga Selangor. Mungkin wa­nita ini sukakan lelaki bandar. Bagi lelaki atau wanita dari Kelantan, mereka lebih cende­rung untuk memilih pasangan yang sama negeri. Itu trend yang dapat saya lihat sepanjang berkecimpung dalam kerja ini,” jelasnya.
Kredit - utusan Malaysia 

0 comment... add one now