Lelaki Ini Dedah Hampir Semua Sushi King Yang Mengekalkan Keaslian Piawaian Jepun Haram Dimakan

Image result for sushi king

Hari itu saya ada berbual dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun. Kebetulan tengah buat pembentangan pada dia rekaan Logo Budget saya. Beliau pernah kerja di Suntory Japanese Cuisine, dekat Hotel Hilton, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah Capital Jalan Raja Chulan. Restoran ini dah tutup sekarang. Juga pernah kerja di Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir semua hidangan sushi yang mengekalkan originaliti standard sushi adalah haram dimakan.

Image result for sushi king

Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan. Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal. Alasannya kerana terlalu banyak pembekal jadi susah nak dapatkan pengesahan halal daripada semua pembekal.
Jadi saya berbaik sangkalah pada Sushi King tapi bila Chef yang dah otai dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yang kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka lagi. Nak tahu kenapa?
Ok. Kata chef ni :
+ Pertama : Nasi kepal sushi rasa masam-masam sikit kan? Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka dan mirin (4% alkohol)
+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dengan sos soya (kicap) + sake (40% alkohol)
+ Ketiga : Lagi malang kalau makan di  restoran yang betul-betul punya asli makanan Jepun ni. Lepas makan mereka hidang pencuci mulut ,agar-agar dan buah. Agar-agar itu dicampur dengan jus oren whiski.
+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betulkah terjadi pembaziran air masa nak buat nasi sushi? Beliau beritahu beras California memang kena dibasuh air lalu semalaman sebab beras itu melekit.
Dia beritahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak dalam penyediaan makanan mereka. Chef ni pernah cuba tukar resipi menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak pelanggan yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.
Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan pemilik restoran untuk buat menu haram ni.
P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab dengan post ini. Minta tolong sangat-sangat viralkan supaya banyak orang Islam terselamat daripada sushi yang tidak halal.-amazingnara.com
Sumber: Taufiq Razif

0 comment... add one now