Kudeta Turki: Bagaimana smartphone mampu kalahkan kereta kebal




AGAR usaha rampasan kuasa berjaya, tentera senior Turki dari unit komando, tentera darat, tentera pertama dan keempat, serta angkatan udara membuat langkah ekstrem guna merebut kuasa.

Tentera pro-kudeta menduduki dua lapangan terbang, bahkan menutup lapangan terbang yang ketiga. Mereka berusaha memisahkan Istanbul antara sisi Eropah dengan sisi Asia. Bangunan parlimen di Ankara mereka bom sebanyak sembilan kali. Pertempuran sengit berlaku di luar markas MIT, badan perisikan Turki. Mereka mengerahkan kereta kebal, helikopter tempur dan jet F16.

Untuk mengalahkan rampasan kuasa, Presiden Turki menggunakan smartphonenya. Masjid menggunakan pembesar suaranya, memanggil umat Muslim untuk berdoa sebelum fajar. Para pemimpin politik dari semua kepercayaan, beberapa merupakan pembangkang sang presiden, menyebut dengan jelas bahawa rampasan kuasa akan dikalahkan. Polis menangkap tentera.

Warga Turki berjaya merebut kembali CNN Turk dan jambatan selat Bosphorus, mencabar rentetan tembakan tentera pro-kudeta untuk merebut kembali demokrasi demi negara mereka.

Jelas sekali, ini adalah satu rampasan kuasa tentera. Namun Kedutaan Besar AS di Ankara melalui mesej kecemasan untuk warga AS, menyebutnya sebagai "pemberontakan". Pemberontakan rakyat terhadap pemimpinnya.

Geopolitik Futures menerbitkan sebuah analisis, mengatakan bahawa rampasan kuasa itu berjaya. BBC Arab, Sky News Arab, El-Arabiya TV, ITN diplomatik editor, dan rangkaian AS, semua komentarnya mengatakan bahawa Erdogan telah selesai, atau telah melarikan diri ke Jerman.

Headline The Guardian memuatkan berita (yang kemudian diubah) di mana penulisnya begitu gembira dengan berita kematian seorang lelaki yang ia sebut sebagai Islam autoritarian: "Bagaimana Recep Tayyip Erdogan memarakkan ketegangan di Turki".

Ketika rakyat Turki berjuang untuk masa depan mereka, keheningan menyelimuti para pemimpin Barat yang begitu erat dengan imej demokrasi. Bahkan pejabat Konsulat Perancis telah ditutup dua hari sebelum berlakunya rampasan kuasa. Adakah mereka mengetahui sesuatu perkara tentang Turki?

Dalam kenyataan awalnya, Menteri Luar Negeri AS John Kerry menggunakan kata membimbangkan, mengelakkan kata ditakuti. Dia berharap agar "kestabilan dan keamanan pulih semula" di Turki.

Mereka bercakap mengenai sokongan terhadap presiden dan parlimen yang terpilih secara sah, hanya ketika rampasan kuasa itu gagal. Presiden Barack Obama dan Kerry kemudian menyokong Erdogan.

Jika anda ingin tahu mengapa Eropah dan Amerika Syarikat menginisiasi kehancuran di Timur Tengah, mengapa mereka telah kehilangan kuasa moralnya, dan mengapa mereka tidak lagi membawa lilin dari perubahan demokratik, hal ini terlihat dalam kurun waktu tiga jam ketika mereka diam, menunggu ke mana angin bertiup di Istanbul dan Ankara.

Sebuah negara di Timur Tengah sana menunggu sehingga 15 jam, sebelum mereka mengeluarkan kenyataan menyokong Erdogan. Emirates dan media yang mereka kuasai, menyebarkan mesej bahawa Erdogan telah melarikan diri dari negaranya.

Namun di seberang sana, kebenaran sejati terkuak. Erdogan menunjukkan keberaniannya dengan terbang ke Istanbul, meskipun beliau mengetahui bahawa pesawat F-16 pro-kudeta sedang berada di udara. Landasan di lapangan terbang Ataturk pun ditutup.

Hanya tiga negara di dunia yang terang-terangan menyokong Erdogan sedari awal, mereka adalah Maghribi, Qatar dan Sudan.

Apa yang sangat mengesankan adalah kenyataan ahli politik Turki yang mempunyai berbagai macam alasan supaya Erdogan menyelamatkan diri, agar dia sendiri yang menggantikannya. Kredit tertuju bagi pemimpin parti terbesar di Turki, Kemal Kalicdaroglu, Pimpinan Parti Republik Rakyat (CHP), ia akan menggelorakan perlawanan terhadap rampasan kuasa melalui satu siri tweet, mengatakan bahawa negara itu telah "mengalami kerugian besar" akibat rampasan kuasa tentera di masa lalu.

Dua pemimpin Parti AKP dari sayap liberal, yang telah digantikan oleh Erdogan, malah menyokong beliau. Mantan Presiden Turki Abdullah Gul mengatakan kepada CNN Turk bahawa, "Turki bukan negara Amerika Latin... Saya menelefon orang-orang yang berusaha untuk menggulingkan kerajaan, [mereka] harus kembali ke berek mereka".

Mantan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mengatakan kepada Al Jazeera: "Turki adalah negara demokrasi... Saya tidak berfikir usaha ini akan berjaya. Tidak ada kesempatan untuk menggoncang Turki. Kami menghadapi begitu banyak krisis di Syria dan wilayah lain, ia adalah masa untuk mempunyai perpaduan dengan orang-orang Turki... Pada masa ini orang di bandar-bandar yang berbeza di jalan-jalan, [memprotes] terhadap usaha rampasan kuasa ini".

Reaksi Turki pada malam itu adalah buah daripada demokrasi yang matang. Sementara Barat menyatakan bahawa demokrasi telah rosak, dinodai oleh tentera dan sokongan politik autokrasi.

Titik balik dalam permainan moraliti semalam di Turki adalah ketika Erdogan bercakap melalui smartphonenya, perbincangan itu kemudian disiarkan dan merebak secara viral melalui media sosial.

Sampai saat itu, kelihatan seolah-olah rampasan kuasa akan berjaya. Erdogan kemudian menyeru rakyat Turki untuk turun ke jalanan. Dan mereka mengindahkan panggilan tersebut walaupun hidup mereka sendiri terancam. Sebuah telefon pintar mengalahkan kereta kebal.

Turki terbukti bukanlah seperti Mesir. Bukan untuk pertama kalinya sejak 2011, otokrat di seluruh wilayah dunia harus menggigil seperti saat ini. Kekuatan demokratik yang boleh melucutkan senjata tentera, bahkan boleh melucutkan mereka juga. []

* Source: Huffington Post.

0 comment... add one now