Kronologi sebenar skandal 1MDB trending di Malaysia



KRONOLOGI SKANDAL 1MDB
2009
1MDB ditukar nama daripada Terengganu Investment Authority (TIA), bermula dengan pelaburan sebanyak RM 1 juta. Syarikat PetroSaudi International Limited merupakan syarikat pertama yang berurusniaga dengan 1MDB.

2010
1MDB menyertai projek untuk membangunkan Tun Razak Exchange (TRX). KPMG menggantikan Ernst & Young sebagai auditor 1MDB.

2011
SRC International Sdn. Bhd. (anak syarikat 1MDB) berhutang RM4 bilion daripada KWAP dan dijamin oleh kerajaan.

Kerajaan menjual tanah Sungai Besi Airport (495 ekar) kepada 1MDB dengan harga RM1.6 bilion (harga asal RM21 bilion), kemudiannya dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Mac 2013
Mohd Hazem Abdul Rahman dilantik menjadi CEO 1MDB

12 Disember 2014
Naib Ketua Cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis menggesa bahawa siasatan terperinci terhadap 1MDB dilakukan.

5 Januari 2015
Arul Kanda Kandasamy dilantik menjadi CEO 1MDB, menggantikan Mohd Hazem

15 Januari 2015
Datuk Khairuddin membuat laporan terhadap 1MDB kepada SPRM

Awal Mac 2015
1MDB heboh dikatakan berhutang sebanyak RM42 bilion. Sarawak Report mendedahkan Jho Low menyeleweng US$700mil (RM2.5 bil) daripada 1MDB dan terlibat dalam perjanjian 1MDB-PetroSaudi pada tahun 2009.

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB atas tuduhan penyalahgunaan dana (diketuai oleh Ketua Peguam (Attorney-General) DS Gani Patail & Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)).


10 Mac 2015
Menteri Kewangan, DS Najib mengatakan wang pelaburan di Cayman Island sebanyak USD1.013 bilion (RM4 bilion) telah ditebus dan disimpan dalam bentuk wang tunai USD di BSI Bank Ltd di Singapore.

12 Mac 2015
Putrajaya suntik RM950 juta kepada 1MDB sebagai ‘standby credit’

7 Mei 2015
TRX dijual kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan harga RM188.5 juta

20 Mei 2015
DS Najib menukar kenyataannya bahawa baki wang pelaburan yang ditebus yang berada di  Singapura itu bukan dalam bentuk tunai, tetapi aset (kertas). PAC memaklumkan tidak perlu untuk memanggil Jho Low buat masa sekarang.

25 Mei 2015
PAC menyambung penyiasatan dengan menyiasat tiga syarikat auditor 1MDB

29 Mei 2015
Pelan rasionalisasi 1MDB dikemukakan kepada Kabinet

17 Jun 2015
Auditor 1MDB, KPMG diputuskan perkhidmatan daripada menjadi auditor 1MDB dan diganti dengan Deloitte & Co.

22 Jun 2015
Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo ditahan di Thailand & dihantar ke Bangkok keesokannya (dituduh membocorkan maklumat berkaitan 1MDB & memeras ugut bekas  majikannya PetroSaudi)

2 Julai 2015
Akhbar Wall Street Journal melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun AmBank Perdana Menteri, DS Najib Razak

7 Julai 2015
Pasukan Petugas Khas membekukan 6 akaun bank, 3 daripadanya dipercayai milik DS Najib

8 Julai 2015
Pejabat 1MDB di Menara IMC Kuala Lumpur diserbu oleh polis rentetan laporan WSJ

10 Julai 2015
PAC akan memanggil Jho Low dan memanggil semula tiga syarikat auditor

19 Julai 2015
Laman web Sarawak Report disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana mengganggu ‘kestabilan nasional’

22 Julai 2015
Polis Singapura membekukan 2 akaun berkaitan 1MDB

26 Julai 2015
Penghantar surat menjadi individu kelima yang ditangkap berhubung kes siasatan 1MDB

28 Julai 2015
Rombakan kabinet dibuat oleh Perdana Menteri;
i.TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat kerana kritik PM dalam kes 1MDB
ii.Peguam Negara ditukar (TS Gani Patail -> TS Mohamed Apandi)
iii.Empat daripada 13 ahli PAC dilantik ke dalam Kabinet >Datuk Nur Jazlan (Pengerusi PAC) >DS Reezal Merican  > Datuk Mas Ermieyati Samsudin > Datuk Wilfred Madius Tangau

Semua prosiding tentang 1MDB pada bulan Ogos ditangguhkan sehingga barisan PAC yang baru dilantik. (PAC telah menetapkan 4, 5 dan 7 Ogos untuk bertemu bekas-bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB dan 17 dan 18 Ogos dengan beberapa bekas pengarah)

29 Julai 2015
Dengan  pembebasan penghantar surat  (dengan jaminan SPRM), kesemua 5 individu yang telah ditahan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Video TS Muhyiddin menyebut DS Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya tersebar. Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh Datuk Ahmad Maslan.

31 Julai 2015
AG baharu, Mohamed Apandi berkata butiran siasatan terhadap dana 1MDB yg dikatakan disalurkan kepada akaun PM tidak akan didedahkan kepada umum

1 Ogos 2015
Tiga individu: pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, bekas penasihat agensi pencegah rasuah, Tan Sri Rashpal Singh dan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi ditahan polis untuk disoalsiasat berkaitan 1MDB & Sarawak Report.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan pada tengah malam setelah disoalsiasat SPRM menafikan dakwaan yang mengatakan kebocoran maklumat mengenai siasatan ke atas 1MDB dibuat orang dalam badan pencegah rasuah itu sendiri.

14 Ogos 2015
AG Switzerland mengumumkan prosiding jenayah dibuka terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan individu yang tidak dikenali.

9 Oktober 2015
BNM sebelum ini telah mencadangkan prosiding jenayah terhadap 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara kerana “pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap maklumat penting” ekoran perlanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953.

Berikutan penolakan cadangan tersebut, BNM membatalkan tiga keizinan yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA tentang pelaburan luar negara bernilai USD1.83 bilion seterusnya mengarahkan 1MDB untuk menghantar pulang wang tersebut kembali ke Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013) dan menghantar pelan kepada Bank untuk tujuan ini.

13 Oktober 2015
AG Apandi Ali menutup siasatan BNM ke atas 1MDB memandangkan tiada bukti baru dikemukakan BNM bagi meneruskan siasatan mengikut Perenggan 4(b) Bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Tukaran 1953 (ECM). Katanya, “Bank Negara sepatutnya meneliti permohonan (1MDB) terbabit dan jelas sekali tiada maklumat lanjut diminta BNM bagi tujuan permohonan terbabit”

15 Disember 2015
Keterangan Justo selama 90 minit dirakam oleh polis di penjara reman di Bangkok, Thailand. Justo kini dipenjara tiga tahun di Thailand selepas mengaku mencuri data dan memeras ugut bekas majikannya.

30 Disember 2015
Pejabat Peguam Negara menerima dokumen siasatan berhubung 1MDB termasuk maklumat yang diberikan Xavier Andre Justo kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

31 Disember 2015
Ketua Polis Negara berkata dokumen yang diterima daripada pihak berkuasa Thailand itu kini sedang disemak oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diserahkan semula kepada Polis Diraja Malaysia.

SPRM telah menyerahkan dua kertas siasatan berkaitan kes RM2.6 bilion dan SRC International yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara.

1MDB mengumumkan sudah menandatangani perjanjian jual beli saham melibatkan penjualan 60 peratus pegangan Bandar Malaysia pada harga RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd membabitkan usaha sama 60:40 antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan Chona Railway Engineering (CREC).

12 Januari 2016
Menurut 1MDB dalam kenyataan, ia telah melaksanakan perjanjian yang diberi kuasa dari segi perundangan untuk tiga tonggak utama pelan rasionalisasinya bagi tarikh akhir enam bulan yang ditetapkan kerajaan.

Syarikat itu berkata ia kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan terma-terma perjanjian dan mencapai penyelesaian.

26 Januari 2016
Dalam sidang media, Peguam Negara Apandi Ali berkata Najib didapati tidak melakukan kesalahan jenayah dalam kes pemindahan wang SRC Int ke dalam akaun peribadi beliau dan kes derma US$681 juta (Najib memulangkan US$620 kembali kepada penderma daripada Arab Saudi kerana tidak digunakan). AG menyerahkan kembali kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan SPRM menutup tiga kes tersebut.

27 Januari 2016
BBC melaporkan sumbangan derma tersebut diberikan oleh almarhum Raja Abdullah (menggunakan wang peribadi dan dana negara) untuk membantu Najib memenangi PRU 2013 kerana Arab Saudi bimbang akan penularan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

28 Januari 2016
Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Abu Kassim Mohamed mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan Perdana Menteri.

“Seperti yang dinyatakan semalam, rujukan kita kepada Panel Penilaian Operasi SPRM adalah satu prosedur operasi standard sebagai sebahagian daripada proses penutupan mana-mana kes.”

30 Januari 2016
Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber meminta bantuan kerjasama Malaysia secara rasmi dan terbuka berhubung siasatan dakwaan penyelewangan USD4 bilion melibatkan 1MDB.

4 March 2016
Laporan akhir audit 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Jabatan Audit Negara kerana berlaku kebocoran maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan laporan negatif yang menjejeaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC.

15 Mac 2015
Menteri Kewangan, DS Najib menyatakan bahawa tiada perancangan untuk membubarkan 1MDB.

23 Mac 2016
BNM akan mengambil tindakan pentadbiran ke atas 1MDB kerana gagal mematuhi peraturan, iaitu gagal menghantar dokumen bukti semenjak Oktober tahun lalu.

7 April 2016
Pembentangan laporan siasatan oleh PAC di Dewan Rakyat menunjukkan wujud salah laku di dalam pentadbiran 1MDB dan hutang syarikat tersebut pada tahun 2016 adalah sebanyak RM50 bilion. PAC turut menyatakan individu yang perlu disiasat dalam skandal melibatkan 1MDB adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Shahrol Azral Ibrahim Halmi Beliau perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Seluruh Lembaga 1MDB ditawarkan untuk bersara, setelah perolehan Parlimen mendapati ia gagal melaksanakan tanggungjawab. Dilaporkan bahawa pentadbiran 1MDB tidak mematuhi arahan lembaganya dan membuat keputusan tanpa kebenaran, kerana lembaga tersebut tidak proaktif dalam meneliti pentadbiran dan aliran wang syarikat. Laporan itu juga mencadangkan supaya Lembaga Penasihat, yang dipengerusikan oleh Najib Razak untuk dibuang.

13 April 2016
Pihak berkuasa Swiss meluaskan penyiasatan terhadap 1MDB dengan melibatkan dua bekas pegawai Emirati yang terlibat dengan dana negara UAE.

15 April 2016
Menteri Luar Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa dana kepada Najib tersebut merupakan sumbangan dan menganggap kes ini sudah ditutup.

19 April 2016
1MDB mengumumkan penyelesaian pembayaran hutang sebanyak RM7.25 bilion dari EXIM Bank.

28 April 2016
BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. 1MDB diberi tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut dan pembayaran kompaun ini menandakan tamatnya penyiasatan BNM terhadap perlanggaran peraturan Bank Pusat oleh syarikat itu.

26 Mei 2016
BNM telah memuktamadkan siasatannya terhadap 1MDB susulan pembayaran kompaun oleh syarikat itu.

31 Mei 2016
Kementerian Kewangan umum pelantikan Lembaga Pengarah baharu 1MDB bagi menggantikan yang sebelum ini. Arul Kanda Kandasamy masih memegang jawatan sebagai Presiden 1MDB.

9 Jun 2016
Polis akan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi membantu siasatan berhubung syarikat itu, namun tempoh masa untuk dipanggil masih belum ditetapkan kerana memerlukan masa untuk menyemak laporan PAC dengan lebih terperinci.

16 Jun 2016
Perdana Menteri nafikan mengganggu siasatan kes 1MDB seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain (bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin. Datuk Sri Mohd Najib dalam pernyataan pembelaan terhadap kes saman berkata, beliau tidak pernah salah guna kedudukannya.

20 Julai 2016
Peguam Negara US, Loretta Lynch serta Jabatan Keadilan Amerika telah mengemukakan saman sivil untuk menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion (daripada AS$ 3.5b) yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB dan dipindahkan ke US.

Antara nama yang disenaraikan adalah Riza Aziz (anak tiri Najib), Ahli Perniagaan, Jho Low, dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny dan seorang individu yang tidak didedahkan namanya diketahui sebagai ‘Malaysian Official 1’.

Antara aset yang bakal disita oleh Kerajaan AS adalah termasuk hartanah mewah di New York dan California serta lukisan oleh Vincent Van Gogh dan Claude Mone.

21 Julai 2015
1MDB bagaimanapun menafikan bahawa saman itu ditujukan kepada syarikat itu dan menyatakan masih belum dihubungi oleh Jabatan Keadilan AS berhubung siasatan mereka.

Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa setakat ini tiada sebarang bukti dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman juga menyatakan bahawa Malaysia masih belum menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat membabitkan kes sivil tersebut dan bersedia untuk bekerjasama dengan penyiasatan tersebut.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah merampas aset sebanyak AS$177 juta daripada beberapa bank yang berkaitan dengan 1MDB, setengah daripadanya dipercayai milik Jho Low.

Kredit - harakahdaily 

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 26, 2016
banyak manipulasi lerrr hooiii. semua nk selamat tekak masing2 je.