Kisah Sebenar Nur Nasirah Nazri Gadis 18 Tahun Kahwin Warga Emas

Nur Nasirah Mohd Nazri

Kisah mengenai seorang gadis lepasan SPM yang berusia 18 tahun,  Nur Nasirah Mohd Nazri melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga emas berstatus duda, dikenali sebagai Ismail (66 tahun) mendapat perhatian ramai apabila kisah perkahwinan mereka viral di rangkaian laman sosial baru-baru ini. Bagaimanapun seperti yang dijangkakan, sekiranya kisah perkahwinan membabitkan gadis muda dengan orang tua diketahui umum pasti ada pelbagai tohmahan daripada orang ramai antaranya menganggap pernikahan itu sebagai bahan jenaka dan membuat provokasi yang menyakitkan hati . Bagi orang bermulut jahat yang tidak mengetahui perjalanan kisah perkenalan Nur Nasirah Nazri dan suaminya itu pasti menganggap perkahwinan tersebut adalah satu paksaan ataupun terjadi perkara-perkara negatif kepada pasangan ini . Namun tidak semua orang seperti itu, malah ada yang menyifatkan perkahwinan mereka menarik selain mendoakan kebahagiaan untuk Nur Nasirah Nazri dan suaminya itu.

0 comment... add one now