Kipas Mini Jadikan Gambar Selfie Lebih ‘Berangin’ Dan Menyerlah



TAK cukup dengan tapisan (filter) yang sudah ada dalam aplikasi Instagram, rupa-rupanya ada satu lagi ciptaan yang boleh menjadikan gambar selfie anda lebih ‘hidup’ dan menarik.

Untuk menjadikan gambar selfie anda lebih menonjol dengan gaya rambut berterbangan, satu kipas kecil yang boleh diklipkan ke telefon pintar boleh menjadi alternatif buat anda.
Hanya klipkan kipas mini itu ketika mahu mengambil gambar selfie dan hasilnya pasti gambar anda akan lebih menyerlah.
Lepas ini gambar anda pun saling tak tumpah persis bintang Hollywood yang rambut mereka sentiasa bertiup manja bak angin sepoi-sepoi bahasa tatkala melakukan sesi fotografi. Cubalah! 
Kipas Mini Jadikan Gambar Selfie Lebih 'Berangin'

0 comment... add one now