Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter Watson Nyambek 1998



ATLET kelahiran Melaka, Khairul Hafiz Jantan, 18, berjaya memecahkan rekod 18 tahun yang dipegang Watson Nyambek dalam acara 100 meter lelaki Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Sarawak semalam.

Khairul melintasi garisan penamat dengan catatan 10.18 saat, 0.12 saat lebih awal daripada rekod lama Watson (10.30) pada Sukan Pra-Komanwel 1998.

Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter Watson Nyambek
Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter Watson Nyambek
Khairul sebelum ini dinobatkan pelari pecut paling pantas Asia selepas memenangi pingat emas dalam acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam bulan lalu, dengan masa 10.36 saat.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa terujanya dengan pencapaian Hafiz menerusi laman Twitter.
Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter Watson Nyambek
“Masa Khairul Hafiz untuk 100m di Sukma 10.18 rekod kebangsaan baharu. Rekod Sukan SEA 10.17. Emas Sukan SEA 2015 10.25. Ada harapan @KL2017!” tweet KJ sebentar tadi.
Khairul Hafiz Jantan kini digelar Raja pecut bakal menjadi atlet harapan untuk mewakili kontinjen negara. 

0 comment... add one now