Kes Tembak Mati Lelaki Di Lampu Isyarat, Rakan Mangsa DEDAH Sesuatu Yang Mengejutkan!



Semalam seorang lelaki maut serta merta apabila sebanyak 18 tembakan dilepaskan di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang kira-kira jam 3.35 petang.

Namun, rakan mangsa mendedahkan pengurup wang yang ditembak maut semalam baru sahaja dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

1 comment... add one now

AziRahmanDot Com AziRahmanDot Com Julai 28, 2016
Senang ajer nyawa melayang..