Kenapa tingkap pesawat perlu dipastikan dibuka sebelum berlepas dan ditutup sebelum mendarat



Memastikan setiap tingkap di dalam sebuah kapal terbang dibuka akan memerlukan masa yang panjang jika iainya perlu dilakukan serta merta. Untuk pengetahuan anda, anak kapal hanya mempunyai 90 saat sahaja untuk memindahkan penumpang jika berlakunya sebarang kemalangan. Disebabkan faktor ini, anak kapal akan memastikan persiapan kecemasan di buat awal sebelum mereka berlepas.
Sebagai contoh, hanya orang dewasa yang berkeadaan sihat akan ditempatkan berdekatan pintu kecemasan dan mereka juga perlu membaca serta memahami arahan kecemasan yang disediakan oleh pihak penerbangan untuk membantu jika sebarang kecemasan berlaku.
Memastikan tingkap kapal terbuka sebelum berlepas dan sebelum mendarat adalah langkah sangat penting kerana waktu itu merupakan waktu yang paling kritikal dalam penerbangan.
Antara Sebab kenapa tingkap kapal terbang perlu dipastikan terbuka adalah:
  1. Penumpang adalah pemerhati yang paling baik, jika sebarang kejadian pelik berlaku semasa penerbangan sudah pasti mereka tidak akan berlengah – lengah untuk melaporkannya.
  1. Apabila berlakunya kecemasan, pasti setiap saat berharga dan penting. Dengan tingkap yang telah dibuka, ia memudahkan anak kapal serta penumpang untuk melihat keadaan diluar sebelum membuat keputusan seperti pintu kecemasan mana yang perlu digunakan.
  1. Untuk membiarkan mata & minda penumpang kapal tidak terkejut dengan keadaan luar. Mata manusia akan rosak jika terkejut melihat cahaya atau persekitaran yang bertukar secara tiba – tiba. Contohnya, jika tingkap ditutup, dan seandainya berlaku kecemasan di waktu siang, pancaran matahari yang terik sudah tentu mata kita akan terkejut bukan?
  1. Memudahkan pasukan penyelamat darat untuk memerhati perkara yang berlaku dalam pesawat. Sumber - Aviation Gossip 

0 comment... add one now