Kenapa Kucing Takut Timun, Penjelasan Saintifik Dari Pakar MRM!


Sekiranya anda terlepas, sebelum ini viral video yang merakamkan aksi-aksi comel kucing terperanjat ketakutan apabila terlihat timun.
Tapi apakah benar kucing takutkan timun? Adakah kucing mempunyai sejarah tersendirinya dengan timun sehinggakan mereka sanggup melompat sehingga sedemikian rupa?
Pakar tingkah laku haiwan, Dr Roger Mugford ada jawapannya.
Menurut Mogford, bukan sahaja timun malah apa-apa sahaja; termasuk tembikai atau nenas; jika diletak di belakang kucing secara senyap-senyap akan menakutkan mereka.
“Bagi saya, tindak balas sedemikian disebabkan oleh kucing-kucing itu tidak menyangka mereka akan terserempak dengan satu objek tidak dikenali yang diletakkan secara rahsia ketika kepala mereka sedang tunduk di tempat makan.
“Kucing mempunyai perasaan curiga terhadap benda yang tidak mereka kenali : Ia termasuklah seperti binatang berbahaya seperti ular atau pemangsa lain. Saya rasa tindak balas yang sama akan diberikan kepada patung labah-labah, ikan plastik ataupun topeng muka.”, kata Mugford.
Jadi, bolehlah anda mencuba sekali lagi trik ini kepada kucing anda. Bagi mereka makan makanan di dalam bekas, kemudian secara senyap-senyap, letakkan timun di belakang mereka.
Dan, jangan rupa untuk rakam.

0 comment... add one now