Kenapa Hari Raya Sesuai Hantar Rombongan Merisik? Ini Jawapannya!


JIKA ingin melangsungkan perkahwinan, merisik merupakan salah satu adat yang masih diamalkan oleh masyarakat melayu sehingga hari ini.
Pihak lelaki menghantar wakilnya untuk bertemu dengan keluarga pihak perempuan untuk memaklumkan kepada pihak perempuan yang lelaki tersebut berniat untuk menjadikannya isteri.
Merisik bukanlah perkara yang wajib jika mahu berkahwin, tetapi ia merupakan adat dan adab Melayu yang digalakkan kerana boleh mengeratkan hubungan antara kedua belah keluarga.
Majlis merisik tidak memerlukan majlis yang besar-besaran, biasanya sekadar menyediakan minuman dan sedikit makanan kepada rombongan yang datang. Rombongan pihak lelaki juga biasanya akan membawa cincin sebagai tanda jika pinangan tersebut diterima.
Untuk menghantar rombongan merisik, anda perlu memastikan masa yang dipilih adalah bersesuai dan lebih baik jika menghantar rombongan merisik sewaktu musim yang dipenuhi dengan kegembiraan.
Risiko nak kena reject tu mungkin kurang kan?
Bagi kami, masa hari raya sebenarnya masa yang paling sesuai untuk merisik gadis pilihan anda… Nak tahu kenapa?
1- Hari raya merupakan musim cuti dan memudahkan kesemua ahli keluarga untuk berkumpul bersama-sama. Jadi mudah bagi nakal pengantin dan pihak keluarga membuat persiapan untuk merisik.
2- Sambil menyelam, minum air. Datang sekali sahaja, boleh beraya dan merisik dalam satu masa yang sama.
3- Biasanya promosi potongan harga barangan kemas seperti cincin diadakan masa muasim raya. Jadi boleh lah berjimat sedikit masa membeli cincin yang akan dijadikan sebagai tanda nanti.
4- Hari raya semestinya hari untuk semua orang bergembira, InSha Allah proses merisik akan berjalan dengan lancar dan akan membawa kejayaan.
5- Mungkin sebelum ini pernah menyakiti hati bakal mertua atau pasangan anda. Jadi sempena Aidilfitri ini, boleh menggunakan peluang ini untuk memohon maaf supaya tidak ada yang tersimpan di dalam hati.

0 comment... add one now