Kenapa Bayi Berbau Harum? Ini Sebabnya!



Harum’ di sini bukanlah bermaksud bau wangi seperti memakai perfume. Namun ada keunikan tersendiri bau badan bayi saat kita membelainya.
Antara puncanya seperti yang dijelaskan oleh ahli kimia George Prety,  aroma bau badan bayi terhasil dari aktiviti metabolisme tubuhnya. Kalenjar peluh bayi menghasilkan bau bayi yang begitu menggoda.
Ini kerana bayi memperolehi sumber makanan sewaktu dalam kandungan melalui sistem pencernaan. Bau bayi akan berubah setelah beberapa minggu dilahirkan.
Pendapat kedua ialah lapisan vernix caseosa pada kulit bayi. Lapisan ini berfungsi untuk melindungi bayi ketika masih di dalam kandungan. Lapisan ini akan diserap oleh kulit bayi ketika baru dilahirkan. Lapisan inilah yang dipercaya membuat aroma bayi begitu harum dan unik.
sumber-usmagazine.com

0 comment... add one now