Kelebihan visa payWave mudahkan membeli belah tak perlu lagi dompet!


Visa payWave adalah satu perkhidmatan pembayaran yang diperkenalkan Visa untuk mengelakkan pengguna menghabiskan masa terlalu lama di kaunter, menggeledah dompet atau beg tangan. Pembayaran menggunakan perkhidmatan ini hanya semudah sentuhan kad di terminal khas. Ia mengaktifkan cip yang tertanam di dalam kad untuk memancarkan maklumat tertentu seterusnya memperakui transaksi pembayaran.
160725-visa paywave logo
Logo Visa payWave
Pengguna tidak perlu lagi menandatangani resit atau menekan nombor PIN jika transaksi yang dilakukan tidak melebihi RM250. Hasilnya, kedua-dua pihak, pembeli dan penjual akan menikmati faedahnya. Penjual boleh mempercepat transaksi manakala pembeli mengurangkan masa beratur.
Turuti langkah berikut jika anda berminat menggunakan perkhidmatan Visa payWave.
160725-visa paywave langkah guna
Walaupun memudahkan, isu keselamatan tidaklah diabaikan. Jika pengguna khuatir kad akan membuat pembayaran tanpa pengetahuan sekiranya kad berada berhampiran terminal, usah risau. Hal ini kerana, jurutunai perlu mengaktifkan terminal dan memasukkan jumlah yang diperlukan sebelum menerima transaksi.
Seperti teknologi jalur magnet dan cip EMV yang ada pada kad sekarang, teknologi yang digunakan pada payWave juga selamat kerana menggunakan teknologi penyulitan terkini. Tambahan pula, setiap transaksi akan diberikan kekunci rahsia yang unik dan tersendiri untuk menjadikan pemalsuan transaksi amat sukar.
Visa payWave boleh digunakan di lebih 21 jenama popular di seluruh negara. Lawati laman rasmi Visa untuk maklumat lanjut.
160725-visa paywave kedai
Selain daripada Visa payWave, antara kaedah pembayaran tanpa tunai yang semakin popular di Malaysia adalah MaybankPay. Melalui MaybankPay, keperluan terhadap kad fizikal dihapuskan sama sekali kerana segala maklumat kad dimasukkan kedalam telefon. Pembayaran dilakukan dengan merapatkan telefon pada terminal pembayaran.

Kredit - theskop 

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 27, 2016
aa. cam touch and go. lg mudah dari nk swipe2 :) salah satu galakan untuk orang ramai guna debit.