Kelakar video babak gol sendiri yang pelik Minnesota United FC vs A.F.C. Bournemouth

Goal sendiri
Menjaringkan gol sendiri itu bukanlah perkara yang luar biasa pada zaman ini. Penjaring gol sendiri ini sebenarnya tidak lah berniat untuk menjaringkan gol sendiri bagi memberikan kemenangan kepada pihak lawannya.
Di sini saya nak berkongsikan salah satu babak jaringan gol sendiri ketika perlawanan di antara Minnesota United FC, Amerika dan A.F.C. Bournemouth, England.
     Babak jaringan gol sendiri     
Di dalam perlawanan ini A.F.C. Bournemouth telah berjaya menundukkan Minnesota United FC dengan jaringan 4-0. Seperti yang kita dapat lihat jaringan gol kedua A.F.C. Bournemouth telah dijaringkan sendiri oleh penjaga gawang Minnesota United FC.
Penjaga gol itu cuba melontar bola kepada rakan pasukannya setelah menyelamatkan bola dari pihak lawan. Tetapi apa yang peliknya bola yang cuba dilontar itu telah masuk ke gawang seperti ada angin kuat menyedut bola itu.
Perlawanan ini hanyalah merupakan perlawanan persahabatan yang telah diadakan baru-baru ini di antara dua kelab tersebut bagi menghadapi musim baru.

0 comment... add one now